Brek prestasi berkuasa elektrik di masa hadapan bakal menjadi satu standard

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin satu perkembangan yang agak menarik di dalam industri automotif.

Menerusi temuramah yang dijalankan oleh Car and Driver, Pengarah Eksekutif bagi sistem brek Brembo, Giovanni Canavotto menjelaskan, ada kemungkinan brek prestasi berkuasa elektrik (brake-by-wire) bakal menjadi kebiasaan pada masa akan datang menggantikan sistem brek hidraulik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut beliau lagi, penggunaan sistem brake-by-wire secara praktikalnya memberikan kemudahan dan kebebasan kepada pihak pengeluar brek dan pengeluar kenderaan menala sistem tersebut dengan lebih fleksibel. 

Dibuktikan menerusi perlumbaan Formula 1 sejak bertahun lamanya, sistem brake-by wire ini membolehkan ia ditala berdasarkan kehendak pemandu seperti daya brek yang lembut mahupun sedikit tegap dan juga jarak pedal bergerak (pedal distance travel) yang pendek ataupun panjang. 
 


Ketika bertanya kemungkinan permintaan terhadap brek prestasi akan menurun disebabkan peningkatan kuantiti kereta autonomi, CEO Brembo Amerika Utara, Daniel Sandberg menjelaskan beliau tidak melihat penurunan trend perminataan terhadap brek prestasi buat masa kini. 

"Kenderaan (autonomi) elektrik secara relatifnya lebih berat (dengan alatan elektronik) dan juga mempunyai kuasa tork yang amat besar, dan sewajarnya sistem brek yang berkesan perlu hadir bagi memberikan kuasa berhenti yang baik (bagi kenderaan elektrik)," tambah beliau. 

Sumber: Car and Driver

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dikuasakan oleh nadi Chiron W16 yang telah diubahsuai supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 1…
Berita Global
Tidak lagi menampilkan sistem hidraulik seperti yang digunakan pada kebanyakan model kenderaan masa…
Berita Global
Brembo nampak peluang ini boleh diperluaskan untuk sistem brek terbaharu mereka yang digelar…