RAMA RAMA memaparkan kisah pendewasaan seorang kanak-kanak perempuan di perkampungan kecil Sabah, dan ia cuba memaparkan kecantikan konvensional dari kaca mata kenaifan.
Filem ini dilihat cuba mencabar penonton untuk menilai semula standard yang mendefinisikan kecantikan dan bagaimana ia merepa ke dalam sesebuah masyarakat dan budaya.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada BMW Shorties kerana memberikan peluang untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang berkait rapat dengan diri saya, serta menayangkannya kepada keluarga, rakan-rakan, veteran industri dan rakan-rakan media.
"Saya juga amat bersyukur kerana mendapat pasukan yang sanggup bekerja keras untuk menjadikan filem ini satu realiti, terutama ketika situasi kini yang benar-benar mencabar," jelas Ekin.
Beliau menambah, "sebagai seorang pembikin filem, saya percaya filem pendek merupakan satu medium yang sesuai untuk mendekati isu-isu di sekeliling kita, terutama perspektif yang ada kalanya dilepas pandang.
Tayangan 'RAMA RAMA' diadakan bersempena dengan BMW Shorties & Chill yang merupakan tayangan digital pertama oleh BMW Shorties.
Acara maya ini turut ditayangkan secara langsung di lokasi fizikal dengan menampilkan alumni BMW Shorties, perbincangan dan pelbagai aktiviti dengan prosedur operasi standard yang ketat.
BMW Shorties akan kembali pada tahun ini dengan tema CHARGE bagi menggalakkan lebih ramai bakat tempatan untuk menghadapi tahun 2021 yang kian mencabar.
Pembukaan penyertaan akan diumumkan kelak, dan peserta daripada pertandingan tahun 2020 akan dibenarkan untuk menghantar semula filem pendek mereka untuk tahun ini.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web https://www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook atau Instagram BMW Shorties.