BMW Group Malaysia dan MIFFest umum 10 finalis BMW Shorties 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pertandingan filem pendek serta konten digital dengan sejarah penganjuran paling lama di Malaysia, BMW Shorties edisi ke-17 melalui kerjasama dengan Malaysia International Film Festival (MIFFest) baru-baru ini telah mengumumkan 10 finalis tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mencapai edisi ke-17, BMW Shorties menampilkan para individu berpengalaman dan ternama dalam industri perfileman sebagai panelnya.

10 filem telah di senarai pendek sebagai para finalis yang akan bersaing untuk merebut hadiah utama berupa geran produksi bernilai RM80,000.

Pemenang hadiah utama BMW Shorties ke-17 akan dianugerahkan RM80,000 dalam bentuk geran produksi, dan pelbagai faset pembikinan filem juga akan diiktiraf.

Antaranya kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Pilihan Pujian Juri, Anugerah Pilihan Popular, serta Anugerah Filem Pendek Pelajar Terbaik.

Filem pendek nukilan 10 finalis BMW Shorties 2023 kini sedia untuk tontonan umum di laman sesawang BMW Shorties, dimana pengundian umum untuk filem pendek kegemaran juga akan diadakan tidak lama lagi.

Tahun ini, BMW Shorties Awards Night akan berlangsung di Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest), sejajar dengan komitmen untuk meraikan karya perfileman tanah air di samping karya-karya antarabangsa.

Selain itu, MIFFest juga telah mengumumkan acara festivalnya yang akan datang, mengambil tempat dari 23 hingga 28 Julai 2023, dengan susunan aneka program sepanjang minggu tersebut, ia termasuk tayangan filem, kelas pakar dan peluang untuk berkenalan.

Berikut merupakan para finalis BMW Shorties 2023:

  • 阿嬤 Ah Ma oleh Chew Boon Wai
  • Aku, Ayah dan Musik oleh Mohd Hanif Fikri bin Jaafri
  • All Who Leave Go There oleh Ikram Haizammuri
  • INMATES oleh Palani Veloo A/L Subramaniam
  • Selalu Ada oleh Faizal Noar
  • Selamat Malam, Dunia! oleh Putra Adib
  • Taugeh oleh U Wang
  • The Known Stranger oleh Bryan Sim
  • The Missing Trophy oleh Wong Ga Dong
  • 男孩 (Boys) oleh Fabian Loo

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…