BMW sahkan peranti pengecas tanpa wayar bakal masuk produksi Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
BMW kini merupakan pengeluar kenderaan pertama yang mengesahkan kehadiran peranti pengecas tanpa wayar ke dalam pasaran kenderaan penumpang, dengan sasaran produksi bermula pada bulan Julai ini.
Kawasaki Legend Reborn

Untuk permulaan, kenderaan pertama yang akan menggunakan peranti ini ialah (semestinya) BMW 5 series 530e iPerformance plug-in hybrid. 

Menggunakan prinsip yang sama seperti pengecas tanpa wayar yang ada pada telefon pintar, sistem ini terdiri daripada lingkaran magnetik primer pada papan pengecas dan lingkaran magnetik sekunder pada badan kenderaan yang menerima arus elektrik melalui medan magnetik. 

Sistem ini turut didatangkan dengan sistem bantuan pada skrin paparan 360 darjah yang akan membantu pemandu meletakkan kenderaan betul dan tepat pada kawasan medan magnetik pengecas.
 


Para pemilik tidak perlu risau sekiranya berlaku risiko over-charging, ini kerana sistem akan menghentikan proses mengecas secara automatik apabila kapasiti bateri kereta sudah penuh. 

Melihatkan kepada usaha dan langkah BMW yang bakal diikuti oleh Mercedes-Benz, tidak mustahil suatu hari nanti para pengeluar kenderaan akan hadir dengan sistem pengecas tersendiri bagi memudahkan para pelanggan mengisi kembali tenaga pada kenderaan mereka. 
 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Pelancaran
  Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia dalam ucapan…
Telah Diuji
  Mula diperkenalkan pada tahun 2009 oleh BMW Motorrad untuk menyertai perlumbaan WSBK, motosikal…
Berita Global
Teknologi sistem Shiftcam bertindak-balas kepada kedudukan pendikit dan menggunakan penggerak (…