Teknologi pengecasan tanpa wayar EV bakal hadir dalam masa dua tahun

oleh Mohamad Hanif|
Sistem pengecasan tanpa wayar (wireless charging) kini sudah menjadi satu kelaziman terutama pada peranti pintar yang kita gunakan seharian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, menurut naib presiden Qualcomm, Graeme Davidson, teknologi yang sama juga akan diguna pakai pada model kenderaan elektrik serta plug in hybrid (PHEV) sekurang-kurangnya dua tahun daripada sekarang. 

 


Syarikat Qualcomm kini merupakan salah sebuah syarikat yang sedang membangunkan penggunaan teknologi pengecasan tanpa wayar secara komersil menggunakan medan magnetik berfrekuensi tinggi terdiri daripada tapak pemancar di atas tanah serta penerima pada kenderaan untuk mengecas kenderaan elektrik. 

Sistem tersebut telah diuji pada Formula E di mana mereka menggunakan prototaip sistem itu bagi mengecas kereta keselamatan serta ambulans elektrik. 

Menurut Qualcomm lagi, sistem pengecasan tanpa wayar bergerak juga dilihat semakin menjadi kenyataan dengan mengintegrasikan sistem tersebut di atas jalan dan pemandu boleh mengecas sistem elektrik kenderaan mereka sambil memandu. 

Bercakap di acara ePrix di Paris bulan lepas, Davidson menjelaskan kemungkinan besar kos permulaan pembangunan untuk sistem pengecasan tanpa wayar ini adalah sedikit mahal.

"Akan tetapi setelah beberapa tahun sistem ini menjadi kelaziman di dalam industri, kita mungkin akan melihat sistem yang kami bangunkan ini menjadi lebih mesra pengguna," tambah beliau. 

Sumber: Motor1 UK
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Perancis, Electreon akan memasang kemudahan tersebut di seksyen sepanjang 2 km di lebuh raya A10…