Bekas pekerja dedah sistem kamera Tesla merekodkan imej sensitif pemilik

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jenama EV terkenal US, Tesla sememangnya dikenali dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bersama sistem kamera dalam model EV mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pergantungan pada kamera mempunyai beberapa kelebihan seperti keupayaan untuk berfungsi sebagai pengawal, memantau semua yang berlaku di dalam dan di sekeliling kereta.

Namun, terdapat juga risiko melalui kelebihan itu, baru-baru ini bekas pekerja Tesla mendedahkan mereka boleh mendapatkan video dan imej sensitif pemilik model Tesla yang dapat disebar dengan mudah.

Menurut laporan dari Reuters, antara tahun 2019 hingga 2022, pekerja Tesla telah menyebarkan rakaman imej dan video sensitif pelanggan tanpa pengetahuan mereka.

Perkara tersebut didakwa tersebar melalui sistem pemesejan dikalangan pekerja dalam syarikat Tesla, walaupun imej dan video yang disebarkan tidak berbahaya, namun ia tetap melanggar hak privasi pelanggan mereka.

 

2

 

Jika dilihat dari sudut positif, pada 2021 terdapat satu kejadian di mana sistem kamera Tesla telah berjaya merakamkan insiden pelanggaran seorang kanak-kanak di atas basikal apabila Tesla tersebut dipandu dengan laju.

Dari sudut negatif, salah seorang pekerja Tesla turut berkongsi bahawa sistem kamera Tesla itu pernah merekodkan rakaman seorang lelaki berbogel ketika berjalan ke arah Tesla miliknya tanpa sedar bahawa dia sedang dirakam.

Salah seorang bekas pekerja Tesla berkata kepada Reuters, "Sejujurnya, ini adalah pelanggaran privasi. Dan saya selalu bergurau bahawa saya tidak akan membeli Tesla selepas melihat cara mereka melayan pelanggan mereka."

"Saya tidak fikir mereka tahu bahawa privasi mereka tidak dihormati. Kami dapat melihat mereka mencuci pakaian dan perkara yang sangat sensitif."

Walaupun perkara ini sekadar dakwaan dari bekas pekerja Tesla, namun ianya tetap menimbulkan beberapa isu yang membimbangkan, CEO Tesla, Elon Musk juga masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan isu tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…