Bayi maut dalam kemalangan di KM 70, Jalan Kota Tinggi-Mersing

oleh Mohamad Hanif|
BAYI perempuan berusia lapan bulan maut selepas kenderaan dinaiki keluarganya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 70 Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran Dusun Panti di Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Ashmon Bajah berkata, kejadian pada 5.10 petang itu mengakibatkan mangsa dari Endau, Mersing maut di tempat kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa bersama keluarganya hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Secara kebetulan pada masa sama sebuah Proton Wira dari arah Johor Bahru ke Mersing tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kereta keluarga mangsa.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia kerana cedera di kepala akibat hentakan pada papan pemuka kereta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber: Harian Metro. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…