Banjir Pulau Pinang - diskaun alatganti 20 peratus untuk pemilik Perodua

oleh HEZERI SAMSURI|
Perodua mengumumkan pakej bantuan kepada pemilik-pemilik Perodua di kawasan banjir di Pulau Pinang.

Menurut Datuk Dr Zahari Husin, Perodua menghargai pelanggan mereka dan walaupun beberapa pusat servis mereka sendiri terkesan kerana banjir, Perodua telah menyediakan pusat servis di Juru, Prai dan Kulim untuk menerima pelanggan dari kawasan terbabit.

“Kami sedang berusaha agar pusat servis yang terbabit agar pulih dalam masa paling segera,” ujarnya.

Selain dari itu, Perodua menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada alat ganti terpilih untuk pemilik Perodua yang kenderaan mereka terbabit dengan banjir.

“Penggunaan alatganti tulen akan memastikan Perodua mereka sentiasa dalam prestasi terbaik dan alatganti asli juga datang dengan waranti,” sambungnya.

Antara alat ganti tersebut ialah alatan elektronik, karpet, tempat duduk, trim pintu dan gasket enjin.

Untuk mereka yang telah memesan kenderaan Perodua dan mahu tahu status kenderaan itu ataupun mereka yang mahukan kenderaan mereka yang rosak akibat banjir ditarik ke pusat servis, hubungi talian pelanggan Perodua di 1-800-88-5555.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di bawah ialah senarai pengedar-pengedar terbabit. Taycon Motor Sdn Bhd - 012-5534821 (Ah Pin)…