Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan

oleh Penyumbang Rencana|
Insiden banjir di ibu negara Emiriah Arab Bersatu, Dubai telah menyebabkan pelbagai urusan utama tergendala.

Menurut laporan Metro UK, antara yang terkesan ialah landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB), yang merupakan antara lapangan terbang tersibuk di dunia yang dibanjiri air sehingga menyebabkan sebahagian besar penerbangan dibatalkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan sebanyak 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk telah dibatalkan.

Manakala, tiga penerbangan telah dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan.

Bencana banjir ini merupakan yang terburuk menimpa Dubai sejak 1999.

Selain daripada DBX, kawasan-kawasan lain di bandar tersebut turut terganggu dengan situasi buruk itu.

Beberapa daerah di UEA dilaporkan mendapat curahan air hujan lebih dari 80 milimeter kurang 24 jam sampai pukul 8 pagi hari Selasa. Padahal rata-rata hujan setahun sekitar 100mm.

Menurut laporan Metro UK, kejadian banjir ini telah memberi gangguan yang besar terhadap beberapa urusan penting di ibu negara itu.

Sungguhpun begitu, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai memaklumkan bahawa operasi penerbangan di sana telah beroperasi semula.

Malah, polis Dubai semalam telah memberikan amaran kepada orang ramai untuk mengelak daripada mengunjungi kawasan pantai dan lembah yang memiliki kecenderungan untuk dilanda banjir.

Perkara ini susulan beberapa keadaan cuaca seperti hujan, angin kencang, ribut petir dan ada kalanya, hujan batu yang mampu mengurangkan kadar kebolehlihatan manusia, jelasnya.