Model Vantage terbaharu ini dinadikan dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar dari AMG yang mampu menjana kuasa output sebanyak 665hp dan daya kilas 800Nm tork.
Semua kuasa itu dihantar kepada roda belakang melalui transmisi automatik ZF lapan kelajuan dan mencapai kelajuan dari 0-100km/j dalam 3.4 saat serta mencapai kelajuan tertinggi 325km/j.
Perubahan yang dilakukan dapat dilihat pada jeriji baharunya yang lebih besar daripada sebelumnya berfungsi menjadi kuasa penyejukan tambahan serta pembahagi baharu kelihatan lebih luas dan lebih rendah.
Lampu hadapan pula menggunakan lampu Matrix LED baharu untuk membawakan sentuhan kemodenan pada bahagian hadapan.
Tambahan itu, untuk Vantage terbaharu ini mempunyai gerbang roda yang lebih lebar yang boleh memuatkan roda Michelin Pilot Sport S 5 baharu membaluti rim bersaiz 21 inci.
Selain itu, terdapat sedikit perubahan di bahagian belakang, bamparnya kelihatan lebih lebar dan empat ekzos baharu lebih besar terpancar keluar serta mengekalkan identiti lampu belakang LED untuk model Vantage.
Untuk bahagian dalaman, Vantage baharu sangat hampir menyerupai DB12, kluster digital baharu berdiri di samping infotainmen yang lebih premium, dan gabungan kedua-dua kawalan fizikal dan sentuhan kelihatan seperti menyeronokkan untuk digunakan.
Sistem infotainmen model Vantage ini menyokong sistem wayarles Apple CarPlay dan Android Auto pada skrin sentuh 10.25 incinya.
Ciri-ciri lainnya, Vantage baharu ini mempunyai sistem kawalan casis yang baru ditala dengan kawalan kestabilan, kawalan cengkaman boleh laras, E-differential dan kawalan slip brek bersepadu.
Kesemua perkara itu memberi lebih banyak manfaat untuk Vantage yang dikemas kini ini menjadikan sebuah kereta yang lebih tangkas dan seronok untuk dipandu.
Buat masa ini belum harga Vantage terbaru ini belum diumumkan, tetapi ia akan memulakan pengeluarannya pada suku pertama tahun ini dan merancang untuk membuat penghantaran awal pada suku kedua.