AMG GT63 S E Performance 2025 kini Mercedes paling pantas - Nadi V8, 805 HP dan 1,420 Nm!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah memperkenalkan versi aras mula beberapa bulan lepas, Mercedes kini memperkenalkan coupe aras tertingginya yang lebih buas iaitu Mercedes-AMG GT63 S E Performance.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor elektrik di roda belakang, menghasilkan kuasa gabungan sehingga 805 HP dan 1,420 Nm.

 

2

 

Nadi berkuasa itu dipadankan dengan transmisi DCT 9 kelajuan bersama sistem 4Matic+ pacuan semua roda (AWD), membolehkan pecutan 0-100 kmj dalam masa 2.7 saat dan kini merupakan model produksi AMG terpantas pernah dihasilkan.

Bagi membantu pemandu mengawal kuasa yang dihasilkan, AMG GT63 S E Performance turut dilengkapi rear-wheel steering dan suspensi AMG Active Ride Control secara standard.

 

3

 

Ia turut dilengkapi brek karbon seramik, bersama angkup 6 omboh dan cakera bersaiz 16.5 inci di depan, sementara bahagian belakang bersama angkup 1 omboh dan cakera bersaiz inci di belakang.

Rim bersaiz 20 inci akan didatangkan secara standard, manakala rim bersaiz 21 inci ditawarkan sebagai pilihan tambahan.

 

4

 

Walaupun AMG GT63 S E Performance merupakan sebuah model PHEV, kecekapan bahan api bukanlah tujuan utama sistem hibrid tersebut lebih-lebih lagi dengan kapasiti bateri hanya 6.1 kWj.

Seperti kebanyakan model prestasi tinggi, sistem hibrid tersebut lebih ke arah membantu meningkatkan kuasa terutamanya untuk enjin dengan sesaran yang lebih kecil.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…