9 das tembakan hentikan Proton Wira dinaiki dua penjenayah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Polis melepaskan sembilan das tembakan ke arah sebuah Proton Wira dinaiki dua suspek yang enggan berhenti diperiksa di Laman Rimbunan, Jalan Kepong, pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polis kini sedang mencari seorang lelaki iaitu Ganeshan Olakanathan, 40, dipercayai dapat membantu siasatan dalam menjejaki dua suspek yang melarikan diri dalam kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 7.45 pagi sebelum kenderaan dipandu kedua-dua suspek terbabit terbabas lebih kurang 10 minit kemudian.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur beliau berkata, "Anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sedang membuat rondaan dan terserempak kereta dipandu dua lelaki tempatan terbabit dalam keadaan mencurigakan.

"Kereta terbabit diarah berhenti tetapi mereka enggan dan terus melarikan diri lalu dikejar (polis) sehingga ke jalan yang berlaku kesesakan (video tular)"

Menurutnya, anggota polis mengejar suspek bermula dari Taman Pusat Kepong sehingga Laman Rimbunan, Jalan Kepong di sini, yang sesak menyebabkan suspek mengundurkan kereta dan melanggar anggota URB berkenaan.

"Dua anggota URB turun dari motosikal dan dalam konteks untuk memberhentikan kereta yang memberi ancaman kepada orang lain mereka melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

"Kesemua tembakan dihalakan pada tayar kereta yang menyebabkan kebocoran tayar dan kenderaan suspek terbabas ke tepi jalan," katanya.

Mohd Shuhaily berkata, kedua-dua suspek keluar dari kereta dan melarikan diri ke arah sebuah kawasan perumahan.

Katanya, semakan mendapati kereta terbabit dimiliki seorang wanita tempatan yang meminjamkan kepada seorang lelaki lain bagaimanapun buat masa ini tidak dapat dipastikan pembabitan individu berkenaan.

"Pemeriksaan dalam kenderaan menemui besi buruk yang mungkin dicuri…kita tak dapat kenal pasti apa tujuan barang-barang ini buat masa ini," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam."

 

Sumber: Harian Metro

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Siasatan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka memiliki dadah jenis syabu seberat 3.1 gram…
Berita Global
Namun, sokongan mereka disia-siakan oleh seseorang yang lupa untuk mengecas kereta peronda mereka,…