"Siasatan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka memiliki dadah jenis syabu seberat 3.1 gram.
"Kita turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
sumber: BH