12 faktor untuk tentukan sistem gantungan kereta

oleh Careta.my|
Sistem gantungan atau suspensi adalah salah satu cabang sistem casis yang penting. Fungsi utamanya adalah untuk mengasingkan kabin kereta dari permukaan jalan yang kasar dan tidak rata, yang seterusnya memberikan keselesaan kepada penumpang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga berfungsi untuk membolehkan pemandu mengawal pergerakan kereta melalui sistem stereng, dan menjamin kestabilan ketika pemanduan.

Dalam proses kejuruteraan sesebuah kenderaan, sistem suspensi biasanya dibahagikan kepada suspensi depan dan belakang. Antara yang paling popular adalah:

  1. Topang McPherson untuk suspensi hadapan
  2. Rasuk kilasan (torsion beam) atau sistem multilink untuk suspensi belakang.

 

 

Satu komponen penting suspensi hadapan juga adalah sistem steering, yang biasanya terdiri dari jenis rack & pinion dengan bantuan hidraulik, atau yang makin popular kini, sistem elektrik (EPS – electric power steering).

Sistem gantungan lebih bertanggungjawab untuk memberikan karakter dinamik yang dirasai oleh seseorang pemandu. Pembangunan sistem suspensi adalah yang paling rumit dan banyak hubungkait dengan pelbagai aspek. Di bawah ialah 12 faktor yang akan dihitung oleh sebuah syarikat kenderaan sebelum menentukan pemilihan sistem gantungan: 

  • jenis kereta (sedan, van, SUV, dan lain-lain)
  • pemanduan & pengendalian (Ride and Handling)
  • packaging
  • kekuatan & ketahanan
  • jenis bahan
  • prestasi ujian kemalangan
  • prestasi brek dan kawalan kestabilan
  • pembuatan dan pemasangan
  • kebolehan servis
  • kebolehan kitar semula
  • strategi platfom (keseragaman komponen)
  • dan yang paling penting kos dan tempoh pembangunan 

 

 

Faktor pemanduan & pengendalian adalah yang paling utama untuk pembangunan suspensi.

Ini kerana kestabilan kenderaan banyak bergantung kepada bagaimana sistem suspensi direka dan aspek pemanduan & pengendalian dibangunkan.

Sebenarnya terdapat perbezaan ketara antara kereta yang mempunyai talaan pemanduan & pengendalian yang baik atau tidak.

Bagi pemandu biasa mungkin mereka tidak memberikan sebarang reaksi namun bagi yang lebih arif, kereta yang ada pemanduan & pengendalian yang baik biasanya akan diakui lebih sedap dipandu.

 

 

Langkah mengubahsuai kereta mereka dengan spring yang lebih keras, merendahkan kedudukan kereta (lowered), penggunaan tayar dan rim yang lebih besar, roda stereng yang lebih kecil dan sporty tidak semestinya menjadikan pemanduan & pengendalian lebih baik.

Dari satu sudut, pemanduan & pengendalian adalah pembeza, antara kereta yang menjadi ‘alat’ pengangkutan mereka ke destinasi harian dengan kereta yang diibaratkan seperti ‘pasangan’ setia seorang pemandu dan juga peminat kereta.

Sebagai kesimpulan, pemanduan & pengendalian adalah perkara yang sentiasa berkait rapat dengan sistem gantungan yang baik.

 

 

* Artikel ini dikongsikan oleh Syammim Arifin yang kini berkhidmat dengan sebuah firma automotif, Benteler Engineering Services, anak syarikat Benteler Automotive di China. Beliau pernah berkhidmat dengan Proton dan antara individu yang telah dipertanggungjawabkan untuk menala suspensi Proton Prevé.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dan tidak keterlaluan untuk penulis katakan bahawa ini merupakan Prius yang paling cantik pernah…
Berita Global
Dibuat menggunakan keluli tahan karat khusus untuk Model Y AWD (RWD masih dalam proses pembangunan…
Tekno Careta
Bak kata Charles Darwin, setiap kehidupan di dunia ni telah mengalami evolusi untuk memastikan…