KW automotive tawar sistem gantungan untuk Tesla Model Y

oleh HEZERI SAMSURI|
Selepas menghasilkan kit suspension untuk Model S dan Model 3, KW automotive kini menawarkan kit sistem gantungan untuk Tesla Model Y pula.

Kit sistem gantungan KW Variant 3 khusus untuk memberikan pilihan talaan dari segi "compression" dan "rebound" agar pengendalian lebih mantap dan mampu menyokong bentuk badan Model Y yang lebih tinggi ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibuat menggunakan keluli tahan karat khusus untuk Model Y AWD (RWD masih dalam proses pembangunan), ia mampu merendahkan kenderaan itu antara 25 ke 50 mm.

Walaupun Tesla mampu memberikan pecutan yang pantas, pengendaliannya dalam bentuk standard masih belum boleh dibanggakan.

Penghasilan kit sistem gantungan dari KW ini sepatutnya memberikan perencah yang lebih mantap untuk EV popular tersebut.

Untuk info lanjut, lawati www.kwsuspensions.netwww.kwsuspensions.net