Berita Domestik

MODENAS dan Bajaj bekerjasama

on

Motosikal Dan Enjin Nasional (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad akan memasuki segmen motosikal jalanan di Malaysia melalui kerjasama dengan Bajaj Auto Ltd (BAL) dari India.

Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan bagi DRB-HICOM percaya langkah ini akan mengukuhkan lagi jenama MODENAS dan membantu ia menguasai pegangan yang lebih besar dalam pasaran motosikal.

bajaj-5

Bajaj-Discover-125-ST

“Kerjasama ini adalah selaras dengan aspirasi kami untuk mengukuhkan jenama MODENAS secara keseluruhannya, dengan menawarkan pelbagai model untuk peminat motosikal. Usaha sama MODENAS dengan Kymco bagi segmen skuter November tahun lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggemar motosikal tempatan.

Kini syarikat bersedia untuk menembusi pasaran yang lebih agresif, iaitu segmen motosikal jalanan. Dengan BAL sebagai rakan kongsi, kami kini mempunyai satu lagi segmen baharu yang boleh ditawarkan kepada pengguna,” jelas Syed Faisal.

BAL adalah pengeluar motosikal dua dan tiga roda ke-4 terbesar di dunia dan jenama Bajaj terkenal di banyak negara. Di negara asalnya, iaitu India, rangkaian motosikal Bajaj telah mencapai jualan yang memberangsangkan dan ia terus meningkatkan pegangan pasaran di sana.”Pengalaman dan keupayaan teknologi BAL dalam segmen ini tidak diragui lagi.

Model-model yang bakal kami lancarkan di Malaysia nanti telah membuktikan keupayaan mereka di pasaran global dan kami berharap kejayaan ini akan berulang  di Malaysia.

bajaj-logo-vector

Motosikal Bajaj merupakan pendahulu pasaran di dalam segmen-segmen tertentu di 74 negara merangkumi Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Selatan, ASEAN dan Eropah.

Kepelbagaian produk BAL terkenal diperingkat global sebagai bermutu tinggi, hasil R&D yang sentiaa berinovasi dan telah diuji,” jelas Syed Faisal.

Kerjasama ini akan dimulakan secara berperingkat merangkumi pengedaran dan   pemindahan teknologi melalui pembangunan hab pemasangan khusus di kilang Modenas di Gurun, Kedah.

MODENAS dan BAL juga merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan menggunakan jenama MODENAS di dalam dan luar ASEAN.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *