Renault, Hyundai, Mahindra dan Maruti Suzuki gagal ujian perlanggaran NCAP

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

India bakal menurut jejak Malaysia untuk mempunyai ujian perlanggaran di bawah payung Global NCAP (New Car Assessment Programme).

Oleh kerana itu, beberapa ujian perlanggaran diadakan di bawah Global NCAP untuk melihat prestasi model-model kenderaan yang dijual di India sekarang. Seperti yang dijangkakan, kesemua model yang diuji datang dengan hasil yang mengecewakan.

Model-model dari jenama terkemuka dunia nampaknya gagal dalam ujian-ujian tersebut. Senarai kenderaan tersebut adalah seperti di bawah.

  • Renault Kwid (model Renault khas untuk India)
  • Maruti Suzuki Celerio (versi terbaru Suzuki Alto)
  • Maruti Suzuki Eeco (van komersil)
  • Mahindra Scorpio (pernah dijual di Malaysia)
  • Hyundai Eon (versi India untuk model i10)

Kesemua model tersebut, kecuali Renault Kwid, mempunyai pilihan beg udara. Renault Kwid dengan pilihan beg udara pemandu sahaja berjaya meraih satu bintang. Di bawah ialah carta dari Global NCAP.

[caption id="attachment_9837" align="aligncenter" width="833"]Global NCAP India Renault Kwid yang diuji datang dalam tiga varian, dan hanya satu dengan pilihan beg udara pemandu. Kesemua model yang lain di carta ini tidak ada beg udara. Di India, beg udara tidak wajib. Di Malaysia, kerajaan mewajibkan sekurang-kurangnya satu beg udara untuk kenderaan penumpang.[/caption]

Menurut David Ward, setiausaha agung Global NCAP, keputusan ujian perlanggaran tersebut merungsingkan kerana ia melibatkan syarikat kenderaan besar global.

“Sangat mengejutkan apabila sebuah syarikat seperti Renault boleh menghasilkan model seperti Kwid yang tidak mempunyai beg udara sebagai satu kelengkapan standard,” ujar beliau.

Lebih dari 135,000 orang mati di India akibat kemalangan jalanraya. Semua negara mempunyai piawaian keselamatan untuk kereta tetapi piawaiannya jauh lebih rendah dari apa yang dimahukan oleh Global NCAP. Ujian perlanggaran Global NCAP jauh lebih laju dan lebih hampir dengan situasi kemalangan sebenar.

Program keselamatan NCAP di India dinamakan sebagai Bharat New Car Assessment Programme. Ia akan hanya dilancarkan pada tahun 2018, dan sehingga itu, syarikat-syarikat kenderaan masih boleh menjual kenderaan-kenderaan kosong bintang itu.

Untuk Malaysia dan negara-negara Asean, kita mempunyai Asean NCAP untuk membantu pengguna meniali tahap keselamatan sebenar sesebuah kenderaan. Asean NCAP mempunyai sebuah fasiliti ujian perlanggaran di Melaka dan seperti NCAP yang lain, ia juga boleh menggunakan fasiliti perlanggaran NCAP yang lain di seluruh dunia.

Baca laporan dari Global NCAP mengenai hasil ujian di India. Di bawah ialah gambar-gambar model yang diuji.

[gallery columns="2" size="full" ids="9835,9834,9833,9832,9831,9830,9836"]