Michelin tawar tayar edisi terhad MotoGP™

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Michelin telah memilih Grand Prix de France 2016 untuk memperkenalkan tayar baharu Michelin Pilot Power 3 MotoGP™ Ltd Edition mereka yang akan mula dijual di Eropah pada 1 Jun ini. Tayar ini dikeluarkan khusus untuk merakamkan kehadirn semula mereka ke siri utama perlumbaan motosikal ini. Tayar eksklusif ini akan menampilkan penjenamaan sisi tertentu yang menggabungkan Michelin Pilot Power 3 dan logo rasmi MotoGP™. Pengeluaran tayar ini akan dihadkan kepada 5,000 pasangan. Michelin Pilot Power 3 MotoGP™ Ltd Edition ini boleh didapati dalam saiz 120/70 ZR 17 (58W) depan dan 180/55 ZR 17 (73W) saiz belakang untuk kegunaan kebanyakan motosikal sports. Penglibatan Michelin dalam MotoGP™ termasuklah sebuah makmal khusus untuk membangunkan penyelesaian teknologi tinggi perlumbaan yang kemudian akan memberi menafaat kepada pembinaan tayar jalanan untuk semua penunggang motosikal. michelin2 michelin1