Nissan dituduh turut menipu di Korea

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Penyiasatan krisis penipuan pelepasan diesel Volkswagen nampaknya  telah menjana satu siri siasatan dan tuduhan yang meliputi pelbagai pengeluar, sekurang kurangnya di korea. Kini Nissan nampaknya turut dilanda arus siasatan Korea Selatan yang menuduh ia juga turut menipu dengan menggunakan peranti pemalsuan data. Menurut The New York Times, pihak bertanggungjawab di Korea Selatan mendakwa bahawa pembuat Jepun itu telah memanipulasi data pelepasan ojeh Nissan Qashqai varian diesel , iaitu sebuah kenderaan genre crossover yang menyerupai Nissan Rogue di pasaran AS. Nissan telah menjual 814 kenderaan tersebut di Korea Selatan. Model ini dibina di United Kingdom dan diimport masuk ke Korea Selatan sebagai model CBU. nissan_qashqai_premier_limted_edition_009 "Nissan tidak memanipulasi data yang berkaitan dengan kenderaan kami," kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dihantar melalui email. "Nissan tidak mempunyai dan tidak menggunakan alat atau peranti pemalsuan yang menyalahi undang-undang atau menipu dalam mana-mana kereta yang kami buat. Walaupun kesimpulan yang dicapai oleh pihak berkuasa Korea adalah tidak konsisten dengan kawal-selia yang lain, Nissan akan meneliti dan menilai langkah seterusnya yang difikirkan sesuai." Selain menarik balik kesemua kenderaan yang terlibat, pihak berkuasa Korea Selatan juga telah mengarahkan Nissan membayar denda kepada kira-kira US$280,000 dan menggantung jualan Qashqai selanjutnya. Kementerian Alam Sekitar Korea Selatan juga telah meminta pendakwa untuk mengenakan tuduhan jenayah terhadap ketua operasi Nissan Korea. Sumber: www.cnet.com