Kesatria Mitsubishi: Triton Knight ditawarkan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, hari ini memperkenalkan Triton Knight sebagai pilihan kepada mereka yang inginkan penampilan ekslusif . Triton Knight yang diasaskan kepada varian Triton VGT Adventure. Cuma 120 unit sahaja akan ditawarkan dalam varian ekslusif ini,  dan ia dipersembahkan tampan dalam warna putih mutiara dengan padanan aksesori untuk dipadankan dengan penampilan yang lasak namun nyata gah sekali. image002Penampilan Triton Knight ini diserlahkan lagi dengan rim aloi 17 inci hitam kabur dan jeriji hitam kabur untuk pernyataan yang lebih agresif. Penampilan garang ini dilengkapkan pula dengan bar berpenutup yang sporti dan bumper belakang hitam kabur yang menonjolkan profil yang lasak. Triton Knight ini turut dilengkapi dengan tambahan bumper depan dan pelekat hiasan badan eksklusif hanya bagi varian Knight ini. Gaya tersendiri ini turut diperpanjangkan ke dalam kabin, dengan hiasan istimewa kerusi kulit eksklusif dengan sulaman Knight. The Mitsubishi Triton Knight Edition Peralatan standard dalam Triton Knight (termasuk ciri-ciri pertama dalam kelasnya) Lampu Depan Xenon HID Lampu siang (DRL) Penghidup enjin jenis operasi tanpa kunci, setreng sendeng dan teleskopik penukar gear jenis dayung bagi transmisi automatik pemilih 4WD sistem audio skrin sentuh dengan kamera undur lampu depan dan pengelap cermin auto kawalan suhu dwi zon Triton Knight didatangkan pada harga RM 122, 487,84 atas jalan (tanpa GST dan insurans) dengan dengan 2 Tahun penyelenggaraan percuma dan RM2, 000 rebat tunai ATAU kos buruh percuma dengan RM4, 000 rebat tunai. Triton Knight ini juga dilindungi jaminan kilang 3 tahun atau yang untuk 100,000 km pertama (yang mana terdahulu). Matte black rear bumper highlighting the rugged profile