DBKL tak akan bayar ganti rugi

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Akhbar The Sun Daily melaporkan  bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL tidak akan membayar gantirugi kepada pemilik-pemilik kenderaan yang terperangkap ketika banjir kilat tempohari.

"Tidak, kami tidak akan bayar gantirugi melainkan mereka ada perlindungan tambahan di dalam insurans mereka," ujar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Amin Nordin Abdul Aziz.

The Sun kemudian menyatakan bahawa hasil temurmah mereka dengan syarikat insurans, pihak syarikat tidak akan membayar pampasan sekiranya pelanggan tidak membeli perlindungan tambahan dalam polisi mereka.

"Pampasan kerana banjir hanya akan diberikan sekiranya polisi mereka termasuk perlindungan dari bencana alam semulajadi seperti banjir dan sebagainya," ujar seorang gen insuran dari Tokyo Marine.

Beberapa syarikat insurans terkemuka turut memberi alasan yang sama.

*Gambar utama diambil dari Astro Awani.