Perodua tawar bantuan untuk pemilik yang terkesan oleh banjir

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Cuaca tidak menentu dan sistem pengaliran yang bermasalah kini kerap mengakibatkan banjir. Bagi pemilik kenderaan Perodua yang terkesan akibat banjir di Kuala Lumpur, syarikat pengeluar jenama tersebut sedia meringankan beban dengan pelbagai cara. Ini antaranya:
  • perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghubungi 1-800-88-6600
  • perkhidmatan menarik kereta
  • pemeriksaan percuma untuk memastikan kerosakan kenderaan dan kosnya
  • diskaun bagi alat ganti tertentu seperti alat elektronik, karpet, tempat duduk, trim pintu dan gasket enjin, sehingga 20 peratus
  • pemilik boleh membuat tuntutan berkenaan penarikan kenderaan sehingga RM100 di pusat servis Perodua (mengikut syarat tertentu)