Honda HR-V kini dalam warna merah 'Dark Ruby'

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Melihatkan penerimaan baik pilihan warna merah 'Dark Ruby' pada model City dan Jazz, Honda Malaysia kini menawarkannya pada HR-V, sebagai tambahan kepada tiga warna lain sedia ada. Penampilan kenderaan SUV kompak ini turut dipertingkat dengan rim 17 inci baharu. Dengan adanya penambahan variasi baharu ini, Honda Malaysia mensasarkan penjualan HR-V sebanyak 1,500 unit sebulan. Bagi orang ramai, walaupun permintaan untuk HR-V adalah tinggi, Honda Malaysia berjaya mengekalkan tempoh menunggu sekitar 1-2 bulan dan komited untuk menyampaikan kenderaan kepada pembeli pada masa yang sepatutnya. Sebagai tambahan, rak belakang (rear shelf) baharu juga kini ditawarkan sebagai aksesori yang berharga RM550 (termasuk GST) di semua 88 pusat pengedar Honda. Honda HR-V dijual pada harga bermula RM102,200 (termasuk GST dan insurans) dan dikuasakan oleh enjin 1.8L SOHC i-VTEC dan transmisi CVT. [gallery ids="9780,9783,9782,9767"]