Mitsubishi dibeli Nissan/Renault - apa akan jadi?

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Umum mengetahui Mitsubishi Motors Corporation (MMC) terlibat di dalam skandal pemalsuan data penggunaan bahan api (fuel economy data) baru-baru ini.

Mitsubishi yang sebelum ini pernah terlibat dengan skandal isu waranti di Jepun suatu ketika dahulu masih tidak mampu mencapai kejayaan semasa di zaman kegemilangannya. Ia masih popular di kawasan Asia terutama di Asia Tenggara tetapi tidak begitu cemerlang di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

Skandal terbaharu ini diakui sendiri oleh Mitsubishi kepada dunia, dan sikap telus syarikat Jepun ini sangat dihargai. Namun begitu, ia akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam, terutama di pasaran domestik di Jepun dan di pasaran lain di mana tindakan undang-undang bakal dikenakan oleh kerajaan negara-negara tersebut (di Malaysia, tidak wujud agensi kerajaan yang berfikiran ke arah kepentingan pengguna lagi).

20674_HD_REN2009_Logoalliance_3B90985A[1]

Namun begitu, Mitsubishi bakal mendapat pertolongan daripada Renault-Nissan Alliance. Renault dan Nissan sudah 17 tahun bernaung di bawah satu kepimpinan dan telah membuktikan ia berjaya berdaya saing melawan gergasi automotif yang lain.

Di bawah ialah apa yang bakal terjadi kepada Mitsubishi di bawah Renault-Nissan Alliance.

  • Nissan Motor Company akan membeli sejumlah 34 peratus saham dalam Mitsubishi Motors Corporation.
  • Nilai saham tersebut dianggarkan lebih kurang RM8.9 billion.
  • Pembelian itu dijangka akan dimeterai secara rasmi hujung tahun ini.
  • Ia bakal menjadikan Nissan sebagai pemegang saham terbesar di dalam Mitsubishi Motors. Ini bermakna Mitsubishi Heavy Industries, Mitsubishi Corporation dan Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ Limited akan mengurangkan saham pegangan mereka dari 34 peratus ke 20 peratus untuk diberikan kepada Nissan.
  • Mitsubishi Group pernah menyelamatkan Mitsubishi Motors dalam tahun 2004 bila perkongsian mereka dengan DaimlerChrysler tamat. Mitsubishi Motors walau bagaimanapun berjaya membayar balik kos belian itu kepada Mitsubishi Group dalam masa dua tahun.
  • Mengikut undang-undang Jepun, pemegang saham melebihi satu pertiga stok syarikat mempunyai kuasa veto. Nissan akan melantik pengerusi baharu untuk Mitsubishi Motors dan juga satu pertiga dari kerusi pengarah, ujar Carlos Ghosn, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Renault-Nissan Alliance
  • Ghosn berkata Mitsubishi akan tetap berdiri sebagai jenamanya tersendiri dengan jaringan pengedarnya yang sama, dan Nissan tidak akan mengganggu operasi harian Mitsubishi. Ini bermakna, untuk orang awam, Mitsubishi tetap tidak akan berubah.
  • Ghosn berkata apa yang akan terjadi ialah Nissan akan menghantar jurutera-jurutera mereka ke pusat penyelidikan Mitsubishi untuk menyelesaikan masalah pemalsuan data penggunaan bahan-bakar.
  • Nissan dan Mitsubishi akan sama-sama membangunkan kenderaan baharu.
  • Mitsubishi berharap agar ia dapat menggunakan rangkaian kilang global Nissan untuk menembusi lebih banyak pasaran antarabangsa, contohnya di Amerika Syarikat.
  • Nissan pula mahukan jualan lebih tinggi di Asia Tenggara, di mana Mitsubishi lebih berjaya.
  • Pembelian saham Mitsubishi juga akan melihat Renault-Nissan melonjak naik menjadi gergasi pembuat kenderaan. Sekarang ini, sekira digabungkan, Renault-Nissan dan Mitsubishi telah menjual sebanyak 9.6 juta kenderaan dalam tahun 2015. Ini sudah menghampiri jumlah 10 juta kenderaan yang dijual oleh Toyota, Volkswagen dan GM.
  • Carlos Ghosn berkata Renault-Nissan tetap akan mengkaji dan memeriksa keadaan syarikat dan akauns Mitsubishi sebelum benar-benar membeli syarikat itu. Ia hanya akan terjadi sekiranya tiada lagi perkara atau isu disorok oleh Mitsubishi.

Secara peribadi, Careta berpendapat pembelian saham Mitsubishi oleh Renault-Nissan Alliance ialah satu perkara yang baik kerana Renault dan Nissan boleh menggunakant eknologi AWD dan 4WD dari Mitsubishi yang terbukti antara yang terbaik.

Mitsubishi pula boleh menggunakan kepakaran dari Nissan dan Renault untuk teknologi pembuatan mereka yang masih ditakuk lama.

Apapun, sekiranya cikgu kepada Proton ini pun sudah mempunyai rakan teknologi, Proton bila lagi?