Yamaha XV950R Bolt - kejutan cruiser moden

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hong Leong Yamaha melancarkan Bolt tahun lalu, tetapi oleh kerana bilangan yang diimport masuk hanya sedikit, maka mungkin tidak begitu banyak Bolt yang berada di atas jalanraya.

Hong Leong Yamaha bagaimanapun akan memulakan program CKD untuk Bolt tidak lama lagi dan pastinya stok akan lebih banyak terdapat di dewan pameran pengedar Yamaha. Careta telah menunggang-uji Bolt baru-baru ini dan di bawah ialah fakta-fakta dan juga butiran yang Careta dapat.

  • Yamaha memang mensasarkan pemilik atau peminat genre cruiser Amerika - lebih tepat lagi, pasaran Harley-Davidson model Sportster.
  • Barangan aksesori Harley-Davidson ada yang memang boleh digunakan pada Bolt
  • Bolt dipasarkan di Amerika Syarikat oleh Star Motorcycles, anak syarikat Yamaha di US. Star ialah umpama Lexus kepada Toyota.
  • Bolt dibina khusus untuk modifkasi, dan pemilik Bolt di seluruh dunia pernah menjadikan Bolt ini kepada cafe racer (sekarang memang ada versi cafe racer untuk Bolt dari Yamaha sendiri) dan pelbagai genre lagi.
[gallery size="large" ids="9477,9476,9475"]
  • Rekabentuk Bolt lebih kepada gabungan old-school dan modern. Gaya keseluruhannya retro, tetapi ciri-ciri modern seperti warna, lampu belakang LED dan meter LCD bersepadu membuatkan anda kagum dengan bentuk keseluruhan Bolt.
  • Ekzos Bolt menepati piawaian Eropah dan Malaysia dan tidak seperti pengedar jenama lain di sini, Hong Leong Yamaha tidak mengusik langsung ekzos. Untuk menjadikan ia "bising sedikit", anda perlu melakukan modifikasi anda sendiri dan jangan risau, bunyi yang dihasilkan sangat-sangat mantap. Boleh meletup-letup seperti gaya motosikal cruiser Amerika.
  • Gaya tunggangan Bolt direka untuk memenuhi kehendak fizikal penunggang pendek dan tinggi. Penulis setinggi enam kaki tetapi masih selesa duduk di pelana Bolt, tanpa perlu membengkokan kaki secara ekstrem.
[gallery size="large" ids="9478,9479,9480"]
  • Walaupun tiada skrin, angin ditepis dengan baik oleh lampu hadapan dan beberapa penghadang tersorok di depan. Anda boleh menunggang dengan kelajuan 160 kmj tanpa rasa ditolak oleh angin yang kuat.
  • Enjin sejukan udara Bolt ini kadang-kadang boleh memanggang peha penunggang, terutama bila tersangkut di kesesakan lalu lintas. Tetapi ia tidak seteruk motosikal dari Amerika.
  • Tenaga dan tork dari enjin Bolt tiada cacat celanya. Ia terasa sangat lancar dan tarikan pendikit sangat tepat - pulas sedikit, pergi sedikit, pulas banyak, meluncur ke depan seperti roket. Power-train pada Yamaha ini dirasakan sangat "refined" atau sudah diperhalusi dengan baik.
  • Masih ada gegaran, tetapi minimal dan penulis rasa lebih ke arah styling - gegaran yang direka agar memberi karektor kepada Bolt ini.
  • Kerana kawalan pendikit yang lancar dan progresif, Bolt mudah ditunggang di celahan kenderaan dan di sekitar bandar. Malah, seorang penunggang veteran akan terus jatuh cinta dengan pengendalian Bolt yang mudah dan bersahaja.
[gallery size="large" ids="9481,9482,9483"]
  • Careta menjemput seorang penunggang Yamaha R1, Hafiz Rahman untuk mencuba Bolt. Beliau sememangnya bukan seorang peminat cruiser, tetapi selepas 24 jam bersama Bolt, beliau menelefon untuk minta dipanjangkan tempoh tunggang-uji. "Sedaplah Bolt ini!" ujar beliau. "Tak seperti cruiser yang satu lagi itu. Yang itu berat, tak stabil. Sangat mudah untuk jatuh cinta dengan Bolt. Santai, tetapi penuh karektor dan bertenaga dalam pecutan," ujar beliau yang juga seorang jurulatih sambilan untuk penunggang motosikal baharu.
  • Harga Bolt sangat praktikal - RM52,500 (termasuk GST, tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans). Ia berkualiti, bertenaga, cantik dan mudah untuk di-custom-kan.
  • Sesuai untuk semua, Bolt bukti Yamaha masih boleh memasukan elemen "seronok" dan "berkuasa" pada sebuah cruiser santai seperti Bolt.

Di bawah ialah spesifkasi Yamaha Bolt dan juga gambar-gambar. Foto oleh Hezeri Samsuri.

bolt spec

[gallery size="large" ids="9506,9487,9505,9504,9503,9502,9490,9501,9486,9500,9499,9498,9497,9496,9495,9494,9493,9492,9491,9489,9488"]