Pusat 3S pertama Volkswagen di Alor Setar

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pelanggan dan penggemar jenama Volkswagen di bahagian utara kini akan lebih mudah untuk mendapatkan khidmat dan mendekati jenama tersebut apabila sebuah pusat 3S baru dibuka di No 6, Lebuh Raya Darul Aman, 05100 Alor Setar Kedah. Ia juga adalah satu-satunya pengedar Volkswagen berdaftar di Alor Setar. Pusat 3S Volkswagen Alor Setar ini melibatkan pelaburan RM18 juta oleh Lee Motors Sdn Bhd dan di sana terdapat:
  • pusat pameran yang boleh menempatkan 11 kenderaan
  • ruang rehat pelanggan berserta kafe dan wifi percuma
  • 8 ruang servis kenderaan
  • 15 pekerja servis selepas jualan yang terlatih
Pusat 3S Volkswagen Alor Setar dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang, kecuali cuti umum. Photo 3