Waranti lanjutan dan kamera undur untuk Ford Ranger XLT

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) kini menawarkan waranti lima tahun atau 100,000km untuk trak pikap Ford Ranger 2.2L XLT dan 3.2L XLT untuk pembelian sekarang sehingga 30 Jun depan. Program Waranti Lanjutan SDAC itu ditawarkan tanpa sebarang kos tambahan. Kamera undur pula kini menjadi alatan standard untuk model XLT di mana imej akan dipaparkan pada skrin SYNC Ranger bersaiz 4.2 inci. Fungsi kamera digabungkan dengan fungsi Rear Park Assist dan alat pengesan parkir yang membantu pemandu untuk mengundurkan trak pikap besar itu dengan lebih selamat. Menurut Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, ia antara usaha untuk memastikan semua pelanggan mempunyai pengalaman pemilikan yang terbaik. Maklumat lanjut mengenai tawaran Ford Ranger XLT oleh SDAC, sila layari laman web: www.ford.com.my atau hubungi hotline khidmat pelanggan di talian 1800 38 3181.