Tukar airbag sebelum ia membunuh

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Honda Malaysia ialah antara syarikat kenderaan yang terbabit dalam proses panggil balik (recall) kerana kecacatan produk pada sistem beg udara (airbag) mereka.

Takata, syarikat pembekal komponen "airbag inflator" yang bertanggung-jawab bagi memastikan beg udara berfungsi semasa kecemasan telah mengaku membekalkan komponen yang kurang sempurna kepada syarikat-syarikat kenderaan yang menjadi pelanggannya, termasuk Honda Malaysia.

Oleh kerana itu, syarikat kenderaan yang terbabit sedang memanggil semula kenderaan yang terbabit.

Di bawah ialah fakta-fakta mengenai proses panggil semula oleh Honda Malaysia mengenai penggantian beg udara buatan Takata.

  • Honda Malaysia bersama Polis DiRaja Malaysia mengesahkan inflator buatan Takata untuk beg udara telah pecah dalam kemalangan sebuah Honda City tahun 2006 pada 16 April lalu di Sabah. Pemandunya mati tetapi sebab kematian tidak dapat dipastikan akibat dari kecacatan beg udara itu. Yang pasti, kereta terbabit memang menggunakan komponen Takata yang perlu diganti.
  • Honda Malaysia bersama Polis DiRaja Malaysia mengesahkan inflator buatan Takata telah pecah dalam kemalangan sebuah Honda City tahun 2003 dalam satu kemalangan yang meragut nyawa pemandu pada 1 Mei lalu di Kedah. Kenderaan tersebut turut terbabit dalam proses panggil semula oleh Honda dan inflatornya tidak diganti kepada yang baharu.
  • Sebanyak 240,832 unit kenderaan Honda terbabit di Malaysia dengan panggil semula ini tetapi cuma lebih kurang 20 peratus yang menggantikan komponen Takata itu.
  • Honda Malaysia telah melakukan kesemua di bawah untuk memastikan kesemua kenderaan itu diganti dengan komponen beg udara yang baharu:
    • Penghantaran surat kepada pemilik berdasarkan data mereka dan juga data dari JPJ
    • Siaran akhbar ke semua media di dalam negara
    • Laman web Honda Malaysia menambah satu ruang khas untuk pemilik memeriksa samada kenderaan mereka terbabit dengan recall itu atau tidak
    • Amaran dan peringatan tentang recall ini sentiasa dimasukkan ke dalam majalah pemilik Honda Malaysia
    • Kaunter rasmi untuk proses recall ini di semua acara Honda Malaysia di luar dewan pameran

Careta duduk bersama Jordhat Johan, Ketua Penerangan Awam dan Pengiklanan dan Promosi Honda Malaysia yang berada di Chiang Mai, Thailand sempena ujipandu Honda Civic baharu. Menurut Jordhat, Honda Malaysia mempunyai stok alatganti yang mencukupi untuk proses panggil balik ini dan Honda Malaysia tidak henti-henti mempromosikan aktiviti ini tetapi sambutan dari pemilik sangat dingin.

Honda Malaysia juga sedang bekerjasama dengan pihak JPJ untuk mendapat informasi mengenai pemilik kenderaan Honda yang telah dijual ke pemilik baharu agar mereka dapat dihubungi dengan segera.

Buat masa sekarang, Careta rasa hanya Honda Malaysia yang paling pro-aktif dalam usaha memanggil semula kenderaan yang terbabit. Walaupun sebab kematian dalam dua kemalangan itu tidak dapat dikaitkan secara rasmi kepada masalah beg udara itu, tetapi secara logiknya Careta rasakan ledakan dari inflator beg udara itu sudah cukup kuat untuk mengoyakkan muka dan kepala mangsa.

Oleh itu, sekiranya anda memiliki kenderaan Honda atau kenal rakan-rakan atau saudara-mara yang memandu Honda untuk memeriksa samada kenderaan mereka terbabit atau tidak dengan usaha "airbag recall" ini.

Segera ke laman web Honda Malaysia untuk masukkan nombor badan kereta anda (ada pada geran atau dibadan kereta anda) dan pastikan kenderaan anda tidak terbabit dengan beg udara pembunuh itu. Jika susah sangat, telefon talian Honda 1-800-88-2020 pada waktu pejabat. Di bawah ialah senarai kesemua kenderaan Honda di Malaysia yang terbabit.

[caption id="attachment_9460" align="aligncenter" width="800"]YM bermaksud Year of Manufactured atau tahun dibuat. YM bermaksud Year of Manufactured atau tahun dibuat.[/caption]