Shell tawar waranti enjin sehingga 12 tahun

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Yakin dengan produk minyak pelincirnya, Shell Malaysia melancarkan program jaminan enjin dinamakan Shell Helix Engine Warranty (S.H.E.W). Program ini terbuka untuk kenderaan semua jenama, selagi ia berumur kurang daripada lapan tahun atau 100,000km. Jaminan pula diberikan sehingga kereta tersebut berumur 12 tahun atau 200,000km. Bagaimana untuk mendaftar
  • Beli minyak enjin Shell Helix Ultra with PurePlus Technology atau Shell Helix HX7 di stesen Shell atau bengkel berdaftar
  • Daftar program secara online (www.shell.com.my/helixwarranty)
  • Mesej pengesahan akan dihantar
Syarat jaminan
  • Jaminan sah selagi kenderaan tersebut menggunakan minyak enjin Shell Helix Ultra with PurePlus Technology atau Shell Helix HX7, dengan penukaran minyak dilakukan dalam selang masa enam bulan atau mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.
  • Kenderaan berumur kurang daripada lapan tahun atau 100,000km semasa mendaftar
  • Kenderaan adalah kenderaan peribadi dan didaftarkan untuk penggunaan di Malaysia
  • Penebusan semula sehingga RM15,000 (untuk pengguna Shell Helix Ultra with PurePlus Technology) dan RM8,000 (untuk pengguna Shell Helix HX7)
  • Waranti tetap sah walaupun kenderaan sudah bertukar pemilik
image Alat ganti yang terlibat dalam perlindungan
  • Piston dan piston ring
  • crankshaft dan bearing
  • connecting rod dan bearing
  • gudgeon pin
  • valve
  • engine block
  • cylinder head
  • timing gear dan chain
  • camshaft dan bearing
  • cylinder liner/ bore
  • turbocharger
  • cam follower
  • rocler arm dan pivot
  • push rod dan balance shaft
Program ini juga telah dilakukan dengan berjaya di beberapa negara lain seperti Thailand, India, Rusia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Maklumat lanjut boleh didapati di www.shell.com.my/helixwarranty