Wanita keliling dunia dengan skuter

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sebahagian besar daripada kita kerap membuat perjalanan samada berulang-alik normal, perjalanan pelancongan tempatan mahupun berkonvoi. Tetapi berapa ramai daripada kita yang telah benar-benar telah mengambil keputusan untuk mengharungi perjalanan iaitu antara benua? Sambil kita nantikan tip tip yang bakal diberikan Kapten Datuk Nik Huzlan, dan  mengikuti perjalanan Anita Yusof mengelilingi dengan FZ150i nya, kami paparkan lagi kisah seorang penunggang skuter muda dari Singapura yang telah mengorak langkah penjelajahannya. Wanita yang dimaksudkan adalah Juvena Huang, warga Sigapura yang bertekad dan berani untuk memulakan satu perjalanan yang agak luar biasa secara solo dengan "Ebony Rogue"nya, iaitu sebuah Vespa 150 Excel yang telah berusia. Juvena telah memulakan perjalanannya pada 16 Mei 2015 dengan tiada destinasi tetap namun bertujuan untuk menunggang selama yang dia boleh. Malah beliau telah melalui negara kita dan berkesempatan bertemu Anita Hadi sebelum meneruskan perjalanannya. "Saya cuma wanita biasa berusia 28 tahun, dengan keinginan tidak pernah puas untuk melihat dunia, dan saya akan melakukannya seorang diri dengan skuter Vespa saya," kata Juvena. 12771589_10156479305580648_7319072190948832275_o-1-1024x768 12764389_10156479307335648_1369883690708508497_o-1024x768 13119905_10156764432130648_7879635109394034679_o-1024x768 Kematian tragis rakan yang baik dalam kemalangan jalan raya telah mencetuskan keputusan bagi Juvena untuk berhenti kerja dan menjual segala barang-barang milik beliau, supaya dia boleh berskuter melalui beberapa tempat yang paling indah di planet ini, "Yang paling penting, apa yang terjadi kepada rakan saya itu telah menimbulkan persoalan kepada diri saya sendiri tentang apa yang saya mahu lakukan dalam hidup saya, dan jawapannya adalah gabungan dua kegemaran saya - melancong dan menunggang". Juvena mula berskuter pada usia 19 tahun dalam perjalanan ke Vietnam, negara di mana skuter memenuhi jalan-jalan di sana. 'Ia memberikan pemiliknya kebebasan untuk berkeliaran di mana sahaja yang mereka mahu." Sekembalinya dari Vietnam, Juvena telah membeli Vespa yang pertama iaitu 150 Excel yang ditunggangnya kini. Perjalanan tiga setengah bulan di antara kawasan utara dan utara-timur India adalah antara yang terindah untuk Juvena di mana penduduk tempatan baik hati dan ingin tahu tentang perjalanan beliau dan pengalaman baru. Keselamatan adalah keutamaan, dan sebagai persediaan Juvena bercakap dengan pelancong lain di forum-forum pelancongan mengenai langkah-langkah keselamatan dan laluan tertentu yang boleh diambil. Realiti perjalanan tidak semestinya sepadan dengan laporan berita atau persepsi rakyat. Juvena berbangga kerana dipilih untuk menjadi Traveller Jupiter di bawah Ted Simon Foundation (sebuah organisasi mempromosikan dunia memahami melalui pengembaraan peribadi dan diasaskan oleh bekas wartawan yang mengembara dunia dua kali pada motosikal). Beliau telah memberi banyak maklumat dan panduan untuk bakal penumpang darat dan anda boleh mengikuti beliau di Facebook di The Wandering Wasp atau membaca dia blog The Wandering Wasp di Blogspot. Mungkin cerita Juvena ini boleh memberi inspirasi kepada seorang lagi untuk mengambil peluang yang sepertinya. Beliau sekarang telah memasuki Iran dan kedudukan semasa beliau boleh diketahui di sini. juvena-map-1024x534 Sumber gambar: Juvena melalui www.scooterlab.uk