Tempahan Volkswagen Vento dibuka - Harga bermula sekitar RM80,000

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Tidak lama lagi, sebuah model baharu akan dilancarkan oleh Volkswagen Malaysia iaitu Vento, tetapi tempahannya kini sudah pun dibuka dengan harga anggaran sekitar RM80,000 hingga RM90,000 untuk Semenanjung Malaysia. Sedan empat pintu ini menggunakan enjin 1.2 TSI (turbo) dan digabungkan dengan transmisi DSG tujuh kelajuan, berkemampuan 104hp/175Nm tork. Untuk aspek keselamatan, Volkswagen Vento diiktiraf lima bintang oleh ASEAN NCAP, dengan kelengkapan seperti Electronic Stability Control (ESC), empat beg udara (hadapan dan sisi), sistem brek anti kunci (ABS), Crash Response System (ICRS) serta cangkuk tempat duduk kanak-kanak ISOFIX. Warna yang ditawarkan pada Vento adalah putih (Candy White), merah (Flash Red), perak (Reflex Silver), kelabu (Carbon Steel Grey) dan hitam (Deep Black). Anda juga boleh menempah pandu uji Volkswagen Vento dengan melayari laman web http://vw.volkswagen.com.my/coming-soon/the-vento/ [gallery ids="9415,9414,9413,9412"]