Ingin helmet seperti VR46?

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
AGV Pista GP Projek 46 2.0merupakan untuk peminat trek yang serius, bersemangat, dan mungkin juga agak keterlaluan sedikit namun tak lokek untuk berbelanja. Ringkasnya, ia mungkin juga salah satu topi keledar paling dikaji dan direka dengan sebaiknya di mukabumi ini.
maxresdefaultDibina untuk spesifikasi idaman Valentino Rossi, helmet Projek Pista GP 46 2.0  membolehkan penunggang menggayakan helmet yang digunakan satu nama besar dunia dua roda benar benar gunakan pada hari perlumbaan. Ciri ciri yang terdapat pada helmet ini mungkin boleh menghabiskan satu rim kertas kajang jika hendak disenaraikan dengan penerangan teknikalsepenuhnya. Namun helmet AGV Pista GP Projek 46 2.0 adalah dalam sesuatu yang unik dan elit, dan sesuatu yang sangat premium di kalangan topi keledar yang di tawarkan di pasaran. Diperbuat keseluruhannya dari bahan serat karbon (carbon fibre) ia nya lebih ringan, lebih aerodinamik, dan dibina secara teliti dan halus oleh pakar pakar bagi memastikan tiada yang setandingnya dalam pasaran hari ini.
Harganya? Dalam anggaran US$1,400. Darabkan dengan empat untuk bayangan harga Malaysia tidak termasuk gst dan cukai import.
dp99ax agv-pista-gp-project-46-valentino-rossi-carbon-2