5 persamaan Mat Motor dan 'Superhero'

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Jalan raya di negara kita sekarang semakin sibuk. Dengan pertambahan jumlah kenderaan saban tahun, jalan raya sudah seperti satu medan pertempuran dengan ramai yang terpusu-pusu terutamanya di waktu puncak. Paling terdedah adalah penunggang motosikal. Mereka ini, tidak mempunyai perlindungan tambahan selain topi keledar dan pakaian yang diguna, dan sedikit silap sahaja boleh membawa maut. Oleh itu, demi menjaga keselamatan sendiri di atas jalan raya, mereka entah bagaimana berjaya 'membangunkan' kemampuan tersendiri dan mempunyai persamaan seperti adiwira. 1- Melihat menembusi objek Penunggang motosikal tidak hanya melihat jalan raya dan kenderaan sahaja. Mereka boleh melihat menembusi kereta anda dan tahu apa yang anda lakukan dalam kenderaan, sama ada sedang melayari Facebook, Whatsapp atau aplikasi lain, mencapai sesuatu ataupun 'bermesra'. Apabila kelihatan mencurigakan, penunggang motosikal akan mula berjaga-jaga. Ini bukan sahaja setakat satu kereta di hadapan, malah sehingga dua atau tiga kereta di hadapan. 2- Psikik Ini berfungsi dalam pelbagai cara bagi penunggang motosikal. Mereka tahu lampu isyarat arah mana yang akan bertukar hijau seterusnya. Mereka juga ada kalanya boleh meramal tindak-tanduk kereta anda. Sedikit sahaja anda kelihatan mengancam atau membahayakan, siaplah akan dihon berbanyak kali atau dimaki. Paling teruk, anda sendiri pun tahu rasanya. Jadi, gunalah lampu penunjuk arah supaya keadaan tenang bagi semua pengguna jalan raya lain. 3- 'Hilang' sekelip mata Pernah ada dipaparkan di papan tanda menyatakan 'hati-hati, penunggang motosikal ada di kiri dan kanan anda'. Kadang-kadang, ia adalah motosikal yang sama. Ambil contoh anda sedang memandu kereta dan ingin ke kanan. Dari cermin sisi kiri dan cermin pandang belakang, anda tahu terdapat sebuah motosikal di bahagian kiri. Jadi, tidak mengapa, anda pun beri lampu penunjuk arah ke kanan. Siap untuk masuk ke kanan dan menoleh sekali lagi di cermin sisi, tiba-tiba ada pula motosikal yang sama di situ. Eh? 4- Kostum tersendiri Di pejabat, dia cukup kemas, dengan baju kemeja dan seluar bergaris tajam, siap dengan tali leher. Tapi bila tiba waktu pulang atau berselisih di atas jalan, anda mungkin tidak akan mengenali rakan yang menunggang motosikal. Yang bermotosikal besar siap dengan jaket, sarung tangan dan topi keledar bertutup penuh, manakala yang menunggang kapcai pula tertutup dengan jaket terbalik mereka. 5- Naluri penyelamat Tidak kira lah kemalangan apa jenis kenderaan sekali pun, biasanya, orang pertama yang akan bergegas adalah mat motor. Tapi, yang berhenti buat benda merepek pun tak kurang juga.