Negaraku berkumandang tiga kali di ARRC Buriram

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
13131313_10153565373477304_2554661883291561223_oZaqhwan juarai Burriram, bersaing sengit dengan Azlan Shah Pelumba Malaysia, Md Zaqhwan Zaidi akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama setelah kembali beraksi dalam saingan SuperSports 600cc apabila memenangi Perlumbaan 2 dengan menewaskan rakan senegara, Azlan Shah Kamaruzaman pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, semalam. Pelumba Musashi Boon Siew Honda itu bermula dengan baik dan mendahului kedudukan sebaik pelumba dilepaskan namun menerima tentangan sengit daripada bersaing sengit bersama Ahmad Yudhistira, Tomoyoshi Koyama, Ratthapong Wilairot, dan Azlan Shah. Aksi agresif Anthony West pada pusingan ketujuh menyebabkan Yudhistira terpaksa menamatkan perlumbaan awal akibat masalah jentera dan seterusnya menjadikan persaingan merebut juara tertumpu kepada kepada Zaqhwan dan Azlan. SS600-01 Azlan semakin memberikan tekanan kepada Zaqhwan di penghujung perlumbaan namun pelumba berusia 21 tahun itu bijak mengatur strategi seterusnya berjaya menamatkan 18 pusingan dengan masa keseluruhan 30’05.166s sementara Azlan di kedudukan kedua dengan 30’05.950s. Rakan sepasukan Zaqhwan, Yuki Takahashi tamat di kedudukan ketiga dengan masa 30’07.239s. “Saya tahu jentera saya berada pada tahap terbaik dan saya cuba untuk menjarakkan diri dari awal perlumbaan. Namun ia agak mustahil dan saya terpaksa mengubah strategi. Saya cuba bertahan dan tahu Azlan akan cuba untuk memintas jadi saya bertindak menutup ruang dengan baik dan seterusnya memecut ke garisan penamat,” jelas Azlan. Kemenangan Koyama dan Zaqhwan di Buriram kembali merapatkan jurang dalam pemburuan gelaran keseluruhan SuperSports 600cc. Azlan kekal di tangga teratas dengan 78 mata dengan hanya perbezaan satu mata berbanding Zaqhwan yang berada di kedudukan kedua. Koyama di kedudukan ketiga dengan 69 mata. Kemenangan Zaqhwan turut membantu Musashi Boon Siew Honda Racing untuk mendahului carta pasukan terbaik dengan 91 mata mengatasi pasukan BikeART Racing Kawasaki dengan 78 mata manakala T.Pro Yuzi Honda NTS With Wow di kedudukan ketiga dengan 69 mata. [embed]https://youtu.be/3kr_Vkr1OFY[/embed] [embed]https://youtu.be/kcqGxnsL0z0[/embed] Takehiro Yamamoto juarai Asia Production 250cc Sementara itu, rekod kemenangan Apiwat Wongthananon disekat oleh pelumba Jepun, Takehiro Yamamoto yang berjaya menjuarai perlumbaan dengan masa keseluruhan 19’30.632s. Pelumba Indonesia, Galang Hendra Pratama di kedudukan kedua dengan masa 19’31.018s setelah rakan sepasukan Apiwat, Anupab Sarmoon dikenakan penalti manakala Peerapong Loiboonpeng ketiga dengan masa 19’31.319s. Namun pelumba Yamaha Thailand Racing itu kekal di tangga teratas dengan 86 mata diikuti Peerapong dengan 76 mata dan Galang ketiga, 54 mata. UB130-01 Fazli Sham ungguli Underbone 130 Saingan Underbone 130cc menjadi milik Ahmad Fazli Sham (UMA Racing Yamaha Maju Motor) dengan masa 17’36.626s diikuti dua pelumba Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana (TPK BKMS Indonesia) dengan masa 17’36.647s dan Florianus Roy Brilyan (Malioboro City Jogjakarta BKMS) ketiga, 17’36.748s. Md Izzat Zaidi Salehan (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang) mendahului kedudukan dengan 69 mata diikuti Md Amirul Ariff Musa (T Pro Yuzy Honda NTS with Wow) kedua dengan 57 mata dan Wahyu Aji ketiga, 56 mata.   Rozaliman menangi Race 2 Suzuki Asia Challenge Seorang lagi pelumba Malaysia yang telah memenangi perlumbaan di Buriram ini merupakan Mohd Rozaliman Zakaria yang telah menjuarai Perlumbaan 2 Suzuki Asian Challenge. Perlumbaan pertama pada Sabtu lepas telah dimenangi Muhammad Sapril dari Indonesia.   Keputusan Perlumbaan 2: SuperSports 600cc
  1. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 30’05.166s 2. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 30’05.954s 3. Yuki Takahashi (JPN) Honda 30’07.239s 4. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 30’07.499s 5. Anucha Nakcharoensri (THA) Yamaha 30’10.611s
Kedudukan Keseluruhan:
  1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 78 mata 2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 77 mata 3. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 69 mata 4. Yuki Takahashi (JPN) 59 mata 5. Dimas Ekky Pratama (INA) Honda 40 mata
Asia Production 250cc
  1. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 19’30.632s 2. 2. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 19’31.018s 3. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 19’31.319s 4. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 19’30.823s 5. Apiwat Wongthananon (THA) 19’31.404s
Kedudukan:
  1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 86 mata 2. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 76 mata 3. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 54 mata 4. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 52 mata 5. Takehiro Yamamoto (JPN) 50 mata
Underbone 130cc
  1. Ahmad Fazli Sham (MAS) Yamaha 17’36.626s 2. Wahyu Aji Trilaksana (INA) 17’36.647s 3. Florianus Roy Brilyan (INA) 17’36.748s 4. Md Adib Rosley (MAS) 17’36.818s 5. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) Yamaha 17’36.980s
Kedudukan Keseluruhan:
  1. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) Yamaha 69 mata 2. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Honda 57 mata 3. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 56 mata 4. Florianus Roy Brilyan Yamaha (INA) 41 mata 5. Norizman Ismail (MAS) Honda 40 mata
UB130-09 UB130-04 SS600-15 SS600-08 SS600-03 SS600-02 AP250-08