Hafizh raih lapan mata di Moto2 GP Perancis

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Hafizh Syahrin menamatkan Grand Prix Perancis dengan semangat yang positif semalam. Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu meraih kedudukan 10 teratas dengan mengakhiri cabaran Litar Le mans di tempat kelapan dalam Kejohanan Dunia Moto2 pada hari Ahad. Pelumba Malaysia yang baru mencapai usia 22 tahun ini mngorak langkah dari permulaan baris keenam (petak ke-17) untuk menyelesaikan 26 pusingan perlumbaan tersebut di tempat kelapan dengan jumlah masa 42'53.273s. Ia merupakan kebangkitan menggalakkan daripada dua perlumbaan lalu di mana beliau selesai di luar kelompok sepuluh di Austin dan Jerez. "Satu perlumbaan yang boleh tahan secara keseluruhan. Saya bekerja keras dan terus berusaha sepanjang perlumbaan," kata Hafizh.  Saya tahu saya boleh buat lebih baik lagi jika kita mempunyai pusingan kelayakan yang baik dan kedudukan grid yang lebih baik untuk memulakan perlumbaan. Kami berharap di perlumbaan Mugello kami akan memberi penekanan lebih kepada sesi kelayakan." Pelumba Sepanyol, Alex Rins meraih kemenangan keduanya musim ini dengan 42'27.312s mengatasi Simone Corsi dan Thomas Luthi yang melengkapkan podium dengan masing-masing 42'49.114s dan 42'31.920s. Hafizh yang disokong program Pembangunan Bakat Petronas kini berada di kedudukan ke-10 keseluruhan dalam liga kejuaraan dunia Moto2 dengan 36 mata manakala Rins berada di tempat teratas Moto2 dengan 87 mata. Pusingan 6 Kejuaraan Dunia Moto2 akan berlangsung di Mugello, Itali pada 22 Mei ini. Hafizh Syahrin finished eighth in the French GP on Sunday