SuperKIP mula dari petak ke-9 petang ini

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Khairul Idham Pawi dan Hiroki Ono akan memulakan perlumbaan pada hari ini dari petak ke sembilan dan ke-16 masing-masing di Pusingan 5 Moto3 dalam Monster Energy Grand Prix de France di Le Mans, Perancis petang ini. Kedua-dua pelumba Honda Team Asia ini kini tertumpu kepada persediaan mereka untuk perlumbaan yang akan bermula kurang enam jam dari sekarang. Tempoh empat puluh minit sesi kelayakan pada sebelah petang semalam telah di menafaatkan kedua-dua mereka bagi memperbaiki masa kelayakan masing masing. SuperKIP (89) akan bermula dari grid 9 setelah mencatat masa yang terbaik 1m43s106, manakala Ono (76) pula merekodkan 1m43s620 yang memberikannya petak ke-16 di grid untuk perlumbaan dua puluh empat pusingan petang ini. img09 img08 img07 img06 img01 img02 img03 img04 img05