MiClimate pendingin hawa penunggang motosikal

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Cuaca panas yang dialami semenjak kebelakangan ini mungkin akan menyebabkan strok haba. Penunggang motosikal sememangnya saban hari akan terdedah kepada cuaca dan kepanasan dari kesesakan jalanraya. Terdapat beberapa pilihan sistem penyejukan yang pernah ditawarkan dalam pasaran, dan juga unit penyaman udara yang direka khusus untuk motosikal, tetapi tidak semua orang akan berminat untuk memasangnya pada motosikal mereka. Ada juga jaket penyejuk seperti yang pernah kami paparkan sebelum ini (klik sini untuk baca semula). Kini terdapat satu peralatan yang dinamakan MiClimate. Ia nya merupakan tali pinggang yang direka untuk mengekalkan penunggang pada suhu yang selesa tanpa terlalu membebankan dengan beratnya. MiClimate ini merupakan satu unit penyejuk yang dikuasai bateri lithium ion, dan dikawal oleh unit bluetooth kecil yang dipasang pada hendal anda. miclimate-personal-climate-cooling-indiegogo-4 Unit teras MiClimate akan menyedut udara sekeliling yang disejukkan menggunakan sistem termo-elektrik. Apabila ia telah dingin udara ini diarahkan ke atas e dalam jaket anda melalui manifol atau corong fleksibel, sebelum struktur dalaman yang fleksibel mengalirkan udara sejuk ini di sekeliling dalaman jaket anda. miclimate-personal-climate-cooling-indiegogo-6 Bateri 12volt 72 Wh MiClimate ini harus menawarkan kira-kira empat jam keselesaan sebelum ia nya perlu dicaj semula. Namun sistem itu juga boleh menggunakan kuasa dari bateri motosikal. Menurut penciptanya, MiClimate mampu menurunkan suhu sehingga 10° Celsius berbanding suhu luar jaket, malah mampu memberi pemanasan sehingga 20° Celsius berbanding suhu luar. Ya, selain menyejuk ia nya juga mampu memanaskan udara yang masuk! miclimate-personal-climate-cooling-indiegogo-1 MiClimate kini disenaraikan di Indiegogo iaitu laman sesawang pengumpulan modal awal dan ia telah berjaya mengutip lebih AS$7,500 daripada matlamat $20,000 dengan berbaki tempoh satu bulan lagi. Dengan mengandaikan semuanya berjalan seperti yang dirancang, ikrar penajaan sebanyak US$249 (RM966.74) akan menjanjikan anda Kit Asas, yang tidak termasuk bateri, manakala pelaburan sebanyak $269 (RM1044.39) akan memberikan anda satu unit teras dan juga bateri. Sumber: MiClimate miclimate-personal-climate-cooling-indiegogo-12