Ingin jadi pelumba bertaraf dunia?

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pusingan kedua kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas akan berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 16 dan 17 April ini Seperti kebiasaan setiap pusingan kejuaraan berlangsung menghidangkan enam kategori perlumbaan yang menjanjikan persaingan sengit di setiap litar yang menjadi pentas perlumbaan. Setiap kategori yang dipertandingkan dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas memainkan peranan kepada pembangunan dan perkembangan pelumba-pelumba sebagai batu loncatan pertama kepada kerjaya mereka sebagai pelumba. Sebahagian pelumba muda memulakan perlumbaan profesional mereka dengan siri perlumbaan satu pengeluar seperti Cabaran Honda Wave Alpha dan Siri Super Yamaha Petronas, ia itu kelas yang diperkenalkan oleh pengeluar-pengeluar khusus untuk mereka yang berminat untuk menceburi bidang perlumbaan. Segala peralatan yang perlu seperti jentera, sut perlumbaan dan helmet disediakan oleh pengeluar manakala pelumba terpilih hanya perlu membayar yuran penyertaan dan perbelanjaan sepanjang perlumbaan. Perlumbaan kelas ini merupakan platform terbaik untuk mengenalpasti pelumba-pelumba muda yang berbakat. Anak muda yang mempamerkan aksi cemerlang akan mampu memikat perhatian pasukan-pasukan yang mahukan bakat-bakat baharu. Kebanyakan pelumba Malaysia yang beraksi di peringkat antarabangsa ketika ini seperti Khairul Idham Pawi, Kasma Daniel Kasmayudin, Hafizh Syahrin Abdullah, Adam Norrodin, dan Zulfahmi Khairuddin memulakan karier profesional mereka di dalam kelas perlumbaan satu pengeluar ini. Empat lagi kategori perlumbaan adalah kategori terbuka, di mana kategori ini terbuka kepada jentera dari jenama berbeza yang berada di landasan yang sama, mengikut peraturan perlumbaan yang ditetapkan bagi setiap kategori. Peringkat penyertaan paling asas awal adalah kelas Pro-Am Cup ia itu kelas khusus buat pelumba persendirian yang tidak mengikat sebarang kontrak bersama pasukan dan tanpa sebarang penaja komersial. Kelas ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba bakat dalam dunia perlumbaan cubprix, bergantung kepada beberapa syarat tertentu. Perlumbaan kategori Wira dikhususkan kepada pelumba berusia 13 hingga 17 tahun dimana kebanyakan pelumba yang tamat beraksi dalam kelas satu pengeluar akan beralih pula ke kelas ini. Namun, penyertaan dalam kategori Wira ini tidak semestinya langkah peralihan ke kategori seteusnya. Contoh terbaik adalah Hafizh Syahrin yang terus beraksi dalam kelas CP115 tanpa aksi Wira terlebih dahulu. Kategori CP115 dan CP130 adalah dua perlumbaan utama dalam siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia. CP130 dianggap sebagai kelas elit yang turut menyaksikan penyertaan pelumba-pelumba berpengalaman dan beraksi di peringkat antarabangsa ataupun peringkat Asia. Kebiasaannya barisan pelumba kedua-dua kategori ini ditentukan oleh pasukan, bergantung kepada strategi dalam usaha memburu gelaran keseluruhan pada penghujung musim. “Tidak seperti tanggapan sesetengah pihak, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas tidak memegang apa-apa kontrak dengan pelumba. Kontrak pelumba adalah dengan pasukan mereka ataupun kontrak terus bersama pengeluar motosikal. Kami tidak boleh mengatakan apa-apa tentang cepat ataupun lambat tentang peralihan kategori pelumba.  Kami hanya akan memberi sokongan ataupun membantu dengan kepakaran yang ada apabila pasukan memutuskan untuk meletakkan pelumba mereka ke peringkat lebih tinggi,” jelas Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd En Ron Hogg.  Safe Aim Mutual Sdn Bhd merupakan penganjur bagi siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang kini memasuki tahun ke-23. Saksikan sendiri aksi bakal pelumba bertaraf dunia di Pusingan Kedua ejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Batu Kawan Pulau Pinang hujung minggu ini. Perlumbaan Pro-Am khusus untuk pelumba persendirian