Tunggang Uji Ringkas: Scomadi TL125

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pastinya ramai sudah mengenali Scomadi. Skuter yang direka dengan bentuk retro ala Lambretta GP sebenarnya ialah sebuah jenama baru yang berasal dari United Kingdom. Syarikat yang dimiliki oleh dua sahabat, Frank Sanderson dan Paul Melici melancarkan model pertama mereka pada penghujung tahun 2014 dan ia mendapat sambutan hangat di UK. Kesemua 100 unit model pertama Scomadi 50cc habis dijual sekelip mata, dan model 125cc yang muncul bulan Jun tahun lalu terus mendapat sambutan yang baik, malah semuanya dijual sebelum ia tiba di kedai.

Sekarang, jenama Scomadi sudah ada di Malaysia dan ia dipasang di kilang Motor Legend Enterprise Sdn Bhd (MLE) yang terletak di Tampoi, Johor Bahru.

Careta berpeluang untuk menunggang uji sebuah unit Scomadi TL 125, milik Leftenan Komander Mohd Shah Rizan. Terima kasih tuan!

  • Model TL bermaksud Tourismo Leggera - sebuah kenderaan ringan (leggera) untuk perjalanan jauh atau lebuhraya (Tourismo). Tapi harus diingat, ia mungkin nama sahaja kerana pastinya, dengan enjin 125 cc, masih jauh kurang sesuai untuk lebuhraya!
  • Rekabentuk dan konsep serta kualiti dijaga rapi oleh syarikat Scomadi dan seperti iPhone dan banyak lagi produk lain, ia dipasang di China untuk merendahkan kos
  • Piaggio sepatutnya membenarkan Scomadi menggunakan enjin mereka tetapi menarik balik keputusan tersebut di saat akhir. Kerana itu, Scomadi pergi mencari pembekal enjin di China dan membeli dua jenis enjin - 50 cc dan 125 cc. Di Malaysia, hanya model 125 cc sahaja yang dijual
  • Enjin silinder tunggal 4-lejang SOHC dengan dua injap dan sejukan udara ini menghasilkan 9.39 hp serta 8.3 Nm. Ia masih menggunakan karburetor dan sistem penghidup CDI. Enjin Scomadi bertaraf Euro 3
  • Seperti skuter modern, ia menggunakan transmisi CVT dengan klac empar kering automatik - tiada gear. Hanya hidupkan enjin, pulas pendikit dan jalan!
[gallery size="large" ids="7578,7579,7580"]
  • Sistem gantungan hadapan ialah penyerap hentak hidraulik kembar dengan pegas gegelung (coil spring) dan sambungan anti junam
  • Sistem gantungan belakang ialah pegas gegelung dengan penyerap hentak hidraulik (4 larasan)
  • Brek hadapan ialah brek hidraulik dengan cakera 220 mm. Brek belakang sama tetapi cakera bersaiz 200 mm
  • Tayar depan saiz 110/70-12" dan belakang ialah 120/70-12" - tanpa tiub
  • Kapasiti tangki minyak ialah sebesar 11 liter, termasuk rezab 2 liter. Tangki minyak yang besar ini mengambil kesemua ruang di bawah pelana
  • Berat tanpa muatan ialah 100 kg - ringan!
  • Pada mulanya, Careta sangsi akan prestasi enjin tersebut kerana enjin-enjin dari China selalunya membuatkan kita tawar hati. Namun begitu, Scomadi pasti telah memastikan talaan yang dilakukan benar-benar baik kerana enjin tersebut terasa "solid" atau mantap.
  • Tenaga yang dihasilkan memadai dan ternyata ia dibina bukan untuk prestasi sahaja. Paling penting, ia boleh memecut dengan selamat untuk keluar dari simpang atau memasuki lorong di lebuh raya (lane merging)
[gallery size="large" ids="7581,7582,7583"]
  • Untuk kenderaan sebesar ini dengan enjin 125 cc, kelajuan bergantung pada berat beban. Penulis boleh dikatakan sedikit berat (ehemm ...), maka kelajuan maksimum tercapai ialah bawah 110 kmj. Pastinya untuk penunggang lain yang berbadan kurus dan kecil, kelajuan maksimum sepatutnya lebih tinggi dari itu
  • Mutu pemasangan baik, walaupun ada beberapa tempat nampak seperti sedikit murah. Secara keseluruhan, ia nampak menarik dan berkualiti.
  • Sepanjang tunggang uji, Careta tidak ada masalah untuk membawa Scomadi mendaki bukit. Ia naik dengan bersahaja, membuatkan penulis kagum dengan enjin buatan China itu. Tetapi alangkah indahnya jika ada enjin lebih besar dari 125 cc itu
  • Scomadi ini lebar. Penulis ialah seorang jejaka boleh tahan tampan setinggi 6 kaki tetapi masih lagi terasa terpaksa membuka kangkang besar sedikit ketika mula duduk di atas pelana. Kepada penunggang wanita memakai skirt labuh yang ketat, ia mungkin menjadi masalah
  • Ia tidak begitu berat, dan ketika bergerak, imbangan berat lebih ke bahagian bawah, menjadikan ia lincah dan mudah dikawal. Sistem gantungan juga bagus dan memberikan keyakinan untuk mengambil selekoh
  • Paruh atau fender pada roda hadapan sebenarnya terlekat pada badan skuter ini. Ia bermakna hanya roda hadapan yang membelok ke kiri dan ke kanan, fender itu tetap tegak ke hadapan
[gallery size="large" ids="7584,7585,7586"]
  • Pecutan terasa segar, tak sangka enjin China itu sebaik ini. Pastinya Scomadi meletakan kualiti sebagai syarat utama pada pembekal mereka di China
  • Praktikaliti ialah punca utama skuter di reka, tetapi untuk Scomadi, ia direka lebih kepada rekabentuk bergaya dan prestasi kerana tempat letak barang yang wujud hanyalah tempat barang boleh kunci di bawah bar hendal. Itu pun, ia cuma mampu memuatkan dompet dan telefon bimbit dan kain lap. DI belakang, ada pelana carrier ala basikal Rolex untuk mengikat barangan
  • Brek baik dan mempunyai imbangan lebih ke hadapan. Tuas brek tidak ada rasa kenyal
  • Panel meter memang digital - sangat modern. Mudah dibaca tetapi perlu masa untuk dibiasakan
  • Harga Scomadi ialah lebih kurang RM8,580 untuk varian biasa dan RM9,080 untuk varian SE. Ia datang dengan jaminan dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana dahulu)
  • Jika anda yang mahukan sebuah skuter yang lasak dan praktikal serta dengan prestasi yang baik untuk perjalanan dalam bandar atau di lebuhraya, model SYM VTS 200 lebih sesuai dan harganya mahal sedikit (RM10,000).
  • Untuk yang mahukan sebuah skuter ranggi bagi perjalanan dalam bandar, mungkin Scomadi TL 125 ini terbaik untuk anda. Yang pasti, kualiti dan enjinnya baik. Ia bukan satu produk China yang hanya cantik, ia juga seronok ditunggang!

Penulis dan jurufoto: Hezeri Samsuri

[gallery size="large" columns="2" ids="7587,7589,7590,7591,7592,7588,7594,7595,7596,7597,7598,7599,7602,7601,7593,7603,7600"]