GP Amerika terlalu mencabar buat pelumba kita

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
[caption id="attachment_7565" align="aligncenter" width="620"]click1 Lorenzo berpuashati di tempat kedua[/caption] Marc Marquez mara untuk kemenangannya yang keempat di Texas, diikuti Lorenzo dan Iannone pada MotoGP Amerika hujung minggu lepas. Perlumbaan Red Bull Grand Prix of The Americas telah menyaksikan pelumba Sepanyol yang menunggang untuk Repsol Honda Team itu memulakan perlumbaan itu dengan rekod sempurna di Amerika Syarikat. Marquez telah memenangi setiap perlumbaan MotoGP™ yang pernah beliau sertai di sana. Walaupun Marquez agak yakin, terdapat beberapa pelumba yang berusaha untuk kembali ke hadapan sekali lagi. Di antara mereka adalah Jorge Lorenzo (Movistar Yamaha MotoGP), iaitu Juara Dunia MotoGP™ 2015 yang telah mengalami kemalangan semasa sesi pemanasan (Warm Up). Andrea Iannone (Ducati Team) merupakan seorang lagi pelumba yang bersedia untuk membuat impak. Walaupun melayakkan diri untuk tempat keempat di grid permulaan, beliau terpaksa bermula di petak ketujuh kesan dari mata penalti sewaktu di GP Argentina yang lepas. Semua pelumba dari pasukan pengeluar Yamaha dan Ducati telah memilih tayar medium hadapan dan belakang manakala Marquez yang bermula di petak hadapan memilih hadapan lembut dengan belakang sederhana. Litar Circuit of the Americas sentiasa menjadi litar yang mencabar bagi tayar dan para pelumba tahu bahawa pilihan mereka di grid akan menghasilkan perbezaan yang signifikan. Dan itulah juga kesukaran yang telah dihadapi para penunggang negara dari Honda Team Asia Hiroki Ono dan Khairul Idham Pawi yang hanya mampu memulakan perlumbaan dari petak ke-16 dan ke-32. Hiroki Ono telah didenda penalti lintas-lalu (ride-through) kerana menunggang berbahaya dan menyebabkan Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing Team) terjatuh dan terkeluar dari perlumbaan di selekoh pertama pada lap kedua. Khairul Idham Pawi hanya mampu memanjat ke tempat ke-20 di akhir perlumbaan manakala pelumba Moto2 Hafizh Syahrin Abdullah sekadar merekodkan penyudahan tempat ke-16 di litar Amerika Syarikat ini setelah menghadapi masalah tetapam (settings) yang baik untuk jentera nya. Adam Norrodin di MotoGP USA unnamed(2)