Bayar parkir dengan SMS di JB Tengah

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah akan memperkenalkan kemudahan membayar bayaran letak kenderaan melalui mesej teks bermula 1 Mei ini. Presiden MPJBT Dr Badrul Hisham Kassim berkata SMSParkir itu akan dilaksanakan di 11,500 ruang letak kereta di JB Tengah, di mana pemandu boleh memilih untuk membayar sama ada melalui sistem kupon yang sedia ada ataupun dengan SMS. "Sistem baru ini akan dilaksanakan di kira-kira 4,000 tempat letak kereta di Taman Ungku Tun Aminah dan 3,000 ruang di Taman Universiti. Tempat-tempat lain termasuk 2,000 ruang di Taman Nusa Bestari dan 2,500 ruang di Taman Bukit Indah," katanya pada sidang akhbar dan taklimat mengenai sistem tempat letak kereta yang baru. Dr Badrul berkata, Majlis itu akan menjadi pihak berkuasa tempatan pertama untuk menggunakan sistem tersebut tetapi pemilik kenderaan masih boleh memilih kaedah kupon tradisional. Sistem pembayaran baru ini akan memberikan fleksibiliti pengguna jalan raya. "Kami melaksanakan sistem ini untuk memberikan pemandu pilihan apabila membayar bayaran letak kereta mereka memandangkan bilangan kupon letak kereta yang terhad," katanya. Dr Badrul berkata, MPJBT juga merancang untuk melaksanakan sistem itu di kesemua 30,000 tempat letak kereta pada masa hadapan. "Kami akan terus memperkembang sistem ini kepada ruang yang lain bergantung kepada maklum balas pengguna," katanya. Dr Badrul berkata, bayaran itu akan tetap sama dan pihaknya akan memantau perlaksanaan sistem. "MPJBT akan meninjau untuk mengenalpasti sebarang gangguan terutamanya enam minggu pertama pelaksanaan," katanya. Kini anda tidak perlu lagi tercari cari penjual kupon parkir lebih lebih lagi jika anda jarang ke JB Tengah. Melalui sistem sebegini juga, pengguna tidak perlu risau lagi tentang tamat tempoh bayaran parkir, kerana akan boleh membuat bayaran tambahan jika mahu tanpa perlu kembali ke kereta untuk mempamerkan kupon.