Kenderaan selamat kian mampu milik

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sistem keselamatan yang dipasang kepada kenderaan masakini kian canggih, selaras dengan perkembangan teknologi dan juga permintaan pengguna. Keselamatan kenderaan terdiri daripada jenis pasif, aktif dan juga jenis bantuan pemandu.  Bermula dengan kekukuhan badan kereta itu sendiri, pelbagai peralatan dan alat bantuan keselamatan kini terdapat dalam kereta moden, seperti talipinggang keledar, beg udara keselamatan, dan pelbgai sistem bantuan elektronik seperti brek anti kunci ABS, kawalan pacuan elektronik ETC dan program kestabilan elektronik ESP. Malah kini terdapat juga sistem brek kecemasan autonomus AEB yang mula digunapakai pada kenderaan sederhana dan tidak hanya pada kenderaan mewah seperti sebelum ini. [caption id="attachment_7546" align="aligncenter" width="620"] Sistem brek kecemasan autonomus AEB mampu mengesan keadaan sekeliling dan membrek bila perlu untuk mengelakkan kemalangan[/caption] Perkembangan teknologi terkini dan juga tahap penerimaan penggunaan sistem peralatan keselamatan kenderaan telah dibentangkan dalam satu ceramah yang telah dianjurkan oleh Institut Automotif Malaysia (Malaysian Automotive Institute) dengan kerjasama Persatuan Jurutera Automotif Malaysia (SAE International, Malaysia), yang dipersembahkan oleh Pengurus Besar Jualan Peralatan Asal Automotif Asia Tenggara Robert Bosch Sdn Bhd, Klaus Landhaeusser. Kesemua sistem ini mampu membantu mengurangkan kadar kemalangan jalanraya yang kian meningkat saban tahun. Sememangnya disedari bahawa jumlah kenderaan juga turun meningkat namun setiap nyawa itu tidak ternilai, dan segala usaha perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan kadar kemalangan tersebut. Pertubuhan Bangsa Banhsa Bersatu telah menjalankan inisiatif Dekad Tindakan keselamatan jalanraya (Decade of Action for Road Safety) bagi mensasarkan pengurangan kadar kematian jalanraya sebanyak 50% daripada potensi jumlah maut sedia ada jika tiada apa yang dilakukan untuk menangani masalah tersebut. [caption id="attachment_7550" align="aligncenter" width="876"]1439203571html_html_m38a48dee 5 juta nyawa sedunia mampu diselamatkan dengan tindakan bersama[/caption] Sebagai contohnya sistem brek antikunci ABS mampu membolehkan pemandu membrek kecemasan namun masih mampu mengawal kenderaan dengan baik. Sistem ini mengukur kelajuan setiap roda dan mengawal kuncian roda bagi mengelakkan gelinciran dan kini digunakan oleh kebanyakan kenderaan empat roda dan juga dua roda. [embed]https://youtu.be/mKiTAcXK6M4[/embed] [embed]https://youtu.be/UuqVvXzrqYg[/embed] Malah, Bosch kini dalam usaha membangunkan sistem ABS10 yang lebih mampu milik untuk kegunaan motosikal kecil. Klik sini untuk membaca laporan kami sebelum ini. Penerimaan terhadap sistem brek anti-kunci ABS ini kian meluas di Malaysia pada tahap pemasangan 36% kenderaan baharu, agak seiring dengan negara jiran seperti Indonesia (37%) dan Thailand (40%). Penerimaan terhadap program stabiliti elektronik ESP juga kian meningkat walaupun kita masih di paras agak rendah dengan hanay 11% kenderaan yang menggunakannya kini. Program ini mampu membantu mengekalkan kawalan kenderaan di waktu kecemasan bagi mengelakkan kemalangan. [embed]https://youtu.be/Y2uXzp2HzKg[/embed] Pelbagai sistem keselamatan pasif dan aktif kenderaan ini semakin maju dan digabungkan untuk berkerja bersama dena sistem bantuan pemandu bagi mewujudkan kenderaan yang mampu memandu kendiri satu masa nanti. Walaupun mungkin ini masih lagi jauh kerana ia akan melibatkan pelbagai prasarana lain yang perlu dibangunkan seiring perkembangan kemajuan kenderaan, seperti sistem maklumat jalanraya, peta dan juga maklumbalas ketersambungan (connectivity) di antara pelbagai kenderaan yang berada di sekeliling anda. [caption id="attachment_7547" align="aligncenter" width="598"]Pelbagai peranti sensor kini ada untuk mengesan keadaan sekeliling kereta bagi pemanduan autonomus satu hari nanti Pelbagai peranti sensor kini ada untuk mengesan keadaan sekeliling kereta bagi pemanduan autonomus satu hari nanti[/caption] Skim penarafan keselamatan kenderaan Asean NCAP turut membantu pengguna membuat pilihan dalam menentukan kenderaan yang ingin dibeli. Penarafan mengikut bintang dengan taraf lima bintang sebagai penarafan tertinggi, memberikan sedikit sebanyak panduan kepada pengguna tentang tahap sebenar keselamatan kenderaan yang telah diuji fungsi keselamatan yang ditawarkan melalui ujian pelanggaran yang telah dilakukan oleh Asean NCAP. Dalam sidang media yang telah diadakan selepas ceramah yang dianjurkan, Pengerusi SAE Malaysia merangkap Setiausaha Agung NCAP ASEAN, Khairil Anwar Abu Kassim turut menjelaskan bahawa kayu ukur penarafan mereka sentiasa dikaji semula dan dinaikkan dari masa ke semasa bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan kenderaan di jalanraya. Dengan cara itu, kesemua pengeluar kenderaan termasuklah pengeluar tempatan akan berusaha untuk memenuhi syarat penafaran yang dinamik mengikut aliran atau trend global. Malah mungkin beberapa peralatan atau sistem akan diwajibkan pemasangannya, sama seperti perlaksanaan mewajibkan pemakaian talipinggang keledar dulu yang bermula dengan penumpang hadapan mulai 1 Julai 1981 dan kini diwajibkan bagi semua penumpang belakang mulai tahun 2009. Kesedaran dan penerimaan terhadap penggunaan peralatan keselamatan juga amat pentig dan harus diterap secara lebih aktif lagi. Sebagai contoh, pemakaian topi keledar telah diwajibkan semenjak tahun 70an lagi, tetapi kita masih melihat ramai yang enggan memakainya secara sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa kesemua peralatan dan sistem keselamatan yang dipasang sudah tentunya akan meningkatkan harga kenderaan itu sendiri. Dan mungkin kekangan hargalah yang membuatkan banyak pengeluar kenderaan masih belum mahu menawarkan kepelbagaian ciri keselamatan dalam kenderaan mereka yang berharga rendah dan sederhana. Pengguna juga mungkin hanya mahukan sebuah kereta asas yang akan digunakan sebagai kenderaan komuter dan oleh itu merasakan kurangnya keperluan untuk peralatan keselamatan yang lebih canggih. Oleh itu tidaklah menghairankan jika pihak pengeluar masih belum menerapkan penggunaannya dalam keseluruhan barisan model mereka. Salah satu masalah penerimaan sistem keselamatan ini adalah ia nya tidak boleh dipasang kepada kereta terpakai, atau mungkin akan membatalkan waranti jika dipasang selepas belian. Kebanyakan sistem ini juga kurang 'modular' yakni tidak membolehkan pengguna memilih pemasangan peralatan keselamatan mengikut kehendak mereka. Pun begitu, peningkatan penarafan keselamatan global masakini semakin mewajibkan pemasangan peralatan keselamatan tertentu, dam permintaan terhadap teknologi ini akan terus meningkat dan membuatkan kosnya juga akan menjadi semakin murah, apatah lagi jika syarikat syarikat pengeluar peralatan ini mampu menetapkan satu piawaian atau standard pemasangan yang sama dan akan membolehkan ia nya saling disesuaikan di antara kesemua model, jenama dan pengeluar yang berbeza. Malah syarikan insurans juga sepatutnya mempertimbangkan subsidi insentif bagi kenderaan yang dilengkapi peralatan keselamatan yang tertentu.