Toyota Sienta - Pencabar Honda Freed dilancar di Indonesia

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Toyota Sienta - Pencabar Honda Freed dilancar di Indonesia

Pameran Permotoran Indonesia (IIMS) yang sedang berlangsung kini di JIEXPO Kemayoran, Jakarta menyaksikan Toyota menampilkan kenderaan tujuh tempat duduk terbaru yang dikenali sebagai Toyota Sienta.

Kenderaan ini menggunakan enjin NR FE 1.5 liter Dual VVT-i dan digabungkan dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan atau automatik CVT tujuh kelajuan dengan kuasa maksimum sehingga 107hp dan 140Nm.

Selain kelengkapan terkini yang dimuatkan padanya Toyota Sienta juga tidak kekurangan dalam aspek keselamatan di mana ia dilengkapi dengan beg udara SRS hadapan dan kaki, brek ABS, Vehicle Stability Control (VSC), ISOFIX dan Hill Start Assist.

Walaupun hanya akan tiba pada bulan Jun, pengedarnya di sana, Toyota Astra Motor memberitahu  tempahan sudah dibuka dengan harga anggaran antara Rp230 juta hingga Rp295 juta (RM69,000 - RM88,000).

Terokai lagi model ini di www.mysienta.com. [gallery columns="2" size="full" ids="7523,7524,7525,7526,7528"]