Toyota dua roda mula diuji

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kenderaan mobiliti peribadi beroda dua Toyota, yang digelar Winglet, akan mula kelihatan di kaki lima awam di City Waterfront, ibu kota Tokyo, Jepun. Winglet ini telah mula diperkenalkan kepada umum dalam tahun 2008. Ia nya adalah seakan sama dengan Segway, yang dikawal dengan peralihan berat badan pengguna nya. Winglet ini mempunyai kelajuan maksimum 6 kmj dan dikatakan memerlukan usaha yang minimum untuk beroperasi, menjadikannya lebih senang dikendalikan dan kurang memenatkan. Jarak capaian nya sejauh 4 km membuatkan ianya berpotensi untuk digunakan pada hujung perjalanan seseorang atau pun oleh pelancong. Sesungguhnya, potensinya sebagai tarikan pelancongan adalah salah satu bidang yang dipertimbangkan penggunaan nya, begitu juga penggunaan alat itu sekitar siar kaki. Ujian ini juga akan memberikan peluang kepada orang ramai peluang untuk mengalami mobiliti penggunaan Winglet ini. toyota-winglet Ujian sebelum ini telah diadakan di Tsukuba City dan Toyota City, di mana teknologi baru seperti Winglet ini mempunyai potemsi penggunaan yang meluas.  Toyota menjelaskan, bagaimanapun, bahawa perubahan dalam kawalan peraturan tahun lepas telah membolehkan beberapa zon khas diwujudkan untuk menjalankan ujian ke atas teknologi baru seperti ini di seluruh Jepun. Firma itu memilih daerah City Waterfront Tokyo kerana kawasan ini terkenal sebagai menyokong usaha "penggunaan teknologi canggih dan projek penyelidikan maju." Ia akan menjadi kawasan baru yang pertama di Jepun untuk menjadi tuan rumah ujian seperti ini di bawah sistem yang dikembangkan secara meluas. Ujian tunggangan ini disediakan untuk mereka yang mempunyai lesen motosikal dan melalui kursus pengenalan pendek. winglet-cfb7528f09846810473205ca,750,470,0,0