Yamaha Motor terima anugerah India

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
India Yamaha Motor Private Limited yang merupakan anak syarikat Yamaha Motor Co Ltd di India, telah dianugerahkan India Design Mark (Mark 1) oleh Majlis Rekabentuk India untuk rekabentuk motosikal Saluto. Model motosikal ini dihasilkan dan dijual untuk pasaran keluarga. Model skuter Yamaha Fascino juga turut menerima anugerah itu. Ini merupakan tahun kelima syarikat itu menerima anugerah tersebut sejak mula menerimanya pada tahun 2012. Saluto merupakan model motosikal 125cc yang dibangunkan untuk keluarga dan menggabungkan reka bentuk yang bergaya, dengan tahap penggunaan bahan api yang rendah, dan mudah untuk kegunaan harian. Pengguna motosikal ini di India sering menunggang dengan ahli keluarga mereka, dan model ini memberi perhatian khusus kepada keselesaan, serta reka bentuk yang menyediakan gaya dinamik dengan ciri-ciri khusus seperti penutup tangki resin. saluto-wallpaper2 [caption id="attachment_6812" align="aligncenter" width="400"]home Yamaha Fascino[/caption] Skuter Fascino pula adalah skuter fesyen pertama India yang dibangunkan untuk fesyen dan pasaran remaja yang sensitif terhadap trend, sambil menggabungkan fungsi praktikal seperti keselesaan dan kapasiti penyimpanan. Ia mempunyai ciri-ciri enjin pembakaran dalaman berkecekapan tinggi dan badan yang ringan bagi menyumbang kepada penjimatan bahan api yang sangat baik dan memudahkan pengendalian. Model ini bukan sahaja telah diterima baik kerana gaya nya, tetapi juga untuk warna meriah dan ciri bersadur krom yang memberikan rasa premium. Majlis Rekabentuk India adalah sebuah badan yang berkaitan dengan Kementerian Perdagangan dan Industri India, dan telah menubuhkan anugerah India Design Mark (yang setaraf dengan G Mark, Anugerah Rekabentuk Baik Jepun) melalui satu perjanjian perkongsian dengan Institut Promosi Rekabentuk Jepun. Penganugerahan dan penilaian telah diadakan bermula pada tahun 2012. Memasuki tahun kelima anugerah ini, terdapat 59 penerima anugerah termasuk Saluto dan Fascino daripada sejumlah 220 permohonan yang diterima untuk tahun 2016.