Triumph Street Twin 2016 sudah tiba

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
  • Triumph gaya klasik retro baharu kini di Malaysia
  • Street Twin ditawarkan dengan harga RM55,900
Triumph Motorcycles kini memperkenalkan model Bonneville terbaharunya dengan penampilan Triumph Street Twin 2016 kepada pasaran Malaysia hari ini. Motosikal gaya retro roadster klasik ini merupakan model terbaharu tahun ini yang ditawarkan oleh jenama British itu yang boleh didapati dari Fast Bikes Sdn Bhd yang merupakan Pengedar Rasmi Eksklusif Triumph Motorcycles di Malaysia. triumph-street-twin-ville_hd Street Twin ini telah direka semula menyeluruh sebagai sebuah nama baru bersesaran 900cc kembar selari yang merupakan peningkatan dari enjin kembar 865cc dalam model sebelumnya. Enjin sejukan cecaair baharu Street Twin ini baharu dibangunkan dan akan menjadi sebahagian daripada model peneraju utama Triumph, bersama-sama dengan varian 1,200cc kembar selari bagi tahun ini. moteur-triumph-street-twin_hd Motosikal ini kini mempunyai kawalan pendikit tunggang-dengan-wayar (ride-by-wire) dan Triumph mendakwa ia lebih berdayakilas sengan tork pada 80 Nm berbanding 61Nm pada model sebelumnya. Dengan peningkatan kapasiti dan kuasa sebanyak 54bhp, enjin baharu digandingkan dengan transmisi lima kelajuan melalui klac bantuan-gelincir (slip-assist). Kemampuan penjimatan bahan api kini didakwa telah meningkat sebanyak 36%. triumph-street-twin-2016-masmoto_07 Kerangka nya juga adalah serba baharu, dan Triumph telah meningkatkan saiz tayar belakang dari saiz 130 kepada 150/70 R 17, sementelah tayar depan pula menurun dari 110/70 R17 kepada tayar 100/90 R18, jadi ia kini lebih kecil keratan rentas nya tapi pada pada rim yang lebih besar. Street Twin ini didatangkan dengan roda aloi, dan dilengkapi brek anti kunsi ABS (Anti-Lock Braking System) dan juga kawalan cengkaman. Ketinggian pelana nya adalah 750mm, manakala sudut-raih (rake) pada 25 darjah dengan jarak 102.4mm. feu-ar-triumph-street-twin_hd Berbanding dengan model sebelumnya, motosikal baru ini juga telah dikurangkan berat nya sebanyak 11kg bagi menghasilkan berat kering keseluruhan kepada 198kg. Dan pengurangan ini sepatutnya membuatkan pengendalian motosikal ini menjadi lebih bersemangat. compteur-triumph-street-twin_hd Meter menampilkan sebuah speedo analog tetapi juga mempunyai paparan LCD dan kini lebih terperinci. Data yang komprehensif seperti penunjuk kedudukan gear, jarak bagi bahanapi berbaki, peringatan servis, jam, komputer perjalanan dan data penggunaan bahan api. Lampu brek belakang kini adalah dari jenis LED dan soket pengecas USB ada di bawah tempat duduk. freins-triumph-street-twin_hd "Pelbagai ulasan positif telah dijana daripada media motosikal di dunia bahawa Triumph Street Twin tampil dengan kekuatan di sini untuk pengenalan rasminya di Malaysia," kata Ketua Pegawai Operasi Bhd (COO) Fast Bikes Sdn Bhd, Datuk Razak Al-Malique Hussain. "Street Triple merupakan sebahagian daripada lima model Bonneville baru yang dirancang untuk tahun ini. Bonneville T120, T120 dan Thruxton R dijangka akan menghiasi lantai bilik pameran kami tidak lama lagi. phare-triumph-street-twin_hd "Pada asasnya keseluruhan barisan baharu Bonneville, yang turut merangkumi Street Twin sebagai model peringkat kemasukan, adalah kelahiran semula ikon ikon motosikal Triumph," kata Razak. Triumph menawarkan lima pilihan warna bagi model Street Twin, : Jet Black, Phantom Black, Matte Black, Silver dan Merah. Selain itu, terdapat juga lebih daripada 150 aksesori yang berbeza boleh didapati dari Triumph untuk Street Twin 2016, serta tiga Kit Inspiration (kit penyesuaian gaya) - Urban, Scrambler dan Brat Tracker. Triumph Street Twin ini ditawarkan pada harga RM55,900, termasuk cukai jualan kerajaan (GST), tetapi tanpa cukai jalan dan insurans, dan kini sedia untuk tontonan ramai di Premium Flagship Store dan ibu pejabat Triumph Motorcycles Malaysia di Fast Bikes Sdn Bhd, Petaling Jaya. echappement-triumph-street-twin_hd