Mugen Shinden Go go go!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Team Mugen dari Jepun telah mendedahkan ayam tambatan mereka untuk perlumbaan TT Isle of man tahun ini yang dinamakan Mugen Shinden Go. Model ini merupakan evolusi kelima ciptaan pakar penalaan Jepunitu bagi perlumbaan  superbike elektrik. Shinden Go ini didatangkan dengan perubahan  reka bentuk fairing berbanding model tahun lepas, dan tentunya kita mampu menjangkakan bahawa mungkin terdapat peningkatan selanjutnya di bawah kulit luar motosikal itu. Mugen-Shinden-Go-debut-01 Dari segi visual nya, Shinden Go kelihatan mempunyai keratan rentas muncung hadapan yang lebih kecil berbanding model yang telah lalu, dan terdapat perubahan ketara kepada casis serat karbon motosikal perlumbaan itu, yang kini kelihatan sebagai reka bentuk monocoque. Reka bentuk lengan-ayum (swingarm) gentian karbon nya juga telah berubah. Selain itu, Mugen mengatakan bahawa suspensi belakang adalah "cross-link locker type" yang telah dibangunkan khusus untuk Shinden Go. Sudah tentu, perubahan terbesar yang paling menarik adalah peningkatan kuasa sebanyak 10kW, yang meningkatkan puncak kuasa kuda Mugen Shinden Go ini sehingga 161hp. Beratnya kekal pada 250 kg, dengan tork puncak menurun sedikit kepada 209 Nm dari 220Nm untuk model tahun lepas.  John McGuinness dan Bruce Anstey akan terus mengepalai cabaran motosikal elektrik Mugen sekitar litar itu. Dengan kuasa tambahan atas kapal dan aerodinamik yang dipertingkatkan, kedua-dua pelumba harus mampu memecahkan halangan 120 bsj iaitu kira kira 193 kmj. Mugen-Shinden-Go-debut-02  

2016-Mugen-Shinden-Go-Isle-of-Man-TT-electric-superbike-02 2016-Mugen-Shinden-Go-Isle-of-Man-TT-electric-superbike-01