Zamri dan Fadli beransur pulih

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Selepas sembilan bulan insiden kemalangan serius di Litar Sentul, Indonesia, keadaan Mohd Zamri Baba dan M. Fadli Immammuddin kini semakin pulih dan proses pemulihan berjalan dengan baik.

Menjelang saingan pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan memasuki musim ke-21 bermula di Litar Johor, Pasir Gudang pada 1 dan 2 April ini, pihak Kejuaraan ingin memberikan penghormatan kepada kedua-dua pelumba yang tidak pernah berhenti berjuang sehingga ke hari ini.

Pelumba Malaysia, Mohd Zamri sudah mula mampu untuk berkata-kata disamping terus menjalani proses untuk meningkatkan tahap pergerakannya. Pada masa sama, pelumba itu terus menerima pembiayaan rawatan dari pasukan MUSASHi Boon Siew Honda yang turut menyambung kontrak pelumba itu dimana Zamri akan terus menerima pelbagai faedah sebagaimana ketika masih berlumba.

Zamri mugshot

"Insiden kemalangan itu tidak menjejaskan memori Zamri. Dia masih ingat tentang kemalangan yang berlaku dan berminat apabila kami menunjukkan keputusan perlumbaan jika terdapat sebarang perlumbaan," jelas pengurus MUSASHi Boon Siew Honda Racing, Zulhelmi Ahmad.

"Malah doktor yang merawat juga terkejut dengan perkembangan yang ditunjukkan Zamri. Dia pulih lebih cepat dari yang dijangka. Bagi meningkatkan lagi semangat Zamri, dia juga telah beberapa kali dibawa melawat ke perlumbaan Cub Prix dan mampu memberi reaksi serta berkomunikasi dengan rakan-rakannya."

Sementara itu, pelumba Indonesia, M. Fadli pula menjalani latihan fizikal secara berterusan bagi meningkatkan lagi daya pergerakannya. Pelumba Astra Honda Racing itu turut dilantik sebagai jurulatih akademi Honda Racing School dan menunjukkan kesungguhan untuk kembali menunggang jentera secepat mungkin.