MV Agusta failkan permohonan bankrap

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MV Agusta telah sekali lagi menghadapi masalah kewangan yang teruk. Pengeluar motosikal premium Itali itu dilaporkan telah memfailkan permohonan kebankrapan di bawah Bab 11. Keputusan itu dibuat supaya MV Agusta boleh menyelamatkan aset positif untuk dirinya sendiri seandainya terjadi sebarang masalah ayng memaksa nya menutup kedai.  Pada masa ini, Mercedes-AMG adalah memegang 25 peratus kepentingan dalam MV Agusta, seperti yang telah kami laporkan terdahulu. Namun setakat ini, pengeluar prestasi mewah automobil Jerman belum lagi membuat apa apa ulasan mengenai situasi terkini MVAgusta. Kita tentunya berharap untuk mendengar sesuatu yang positif dari mereka tidak lama lagi. Pengilang dua roda Itali itu mempunyai hutang sebanyak hampir 40 juta Euro. MV Agusta merancang untuk menyusun semula bagaimana ia akan membayar pemiutang nya. Tahun lepas, syarikat itu menyaksikan perolehan sebanyak 100 juta Euro, yang merupakan peningkatan 30 peratus daripada 2014. Setiap MV Agusta dibina cermat dan teliti dengan tangan. Pada masa ini, model F3 adalah motosikal nya yang paling laris di seluruh dunia. Sebaliknya, model model satu liter empat silinder mereka tidak mampu meraih jualan yang tinggi seperti yang diharapkan. [caption id="attachment_988" align="aligncenter" width="905"]2016-MV-Agusta-Brutale-800-18 MV Agusta Brutale 800[/caption]