Acura lancar SUV MDX 2017

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
-MDX 2017 pamerkan jeriji pentagon berlian baharu  yang pertama kali dilihat pada Acura Precision Concept -janakuasa Sport Hibrid  baharu mendapat tambahan 35 kuasa kuda dan dijangka lebih menjimatkan bahan api -teknologi bantuan pemandu AcuraWatch™ kini ditawarkan sebagai peralatan standard pada semua model MDX 2017 03-2017-acura-mdx-ny-1  Acura telah melancarkan SUV mewah MDX model 2017 yang segar menampilkan gaya baru berani, penambahan ciri-ciri mewah dan boleh didapati dengan  teknologi Hybrid Super pacuan semua roda (SH-AWD).  Acura MDX ini juga akan dilengkapi dengan AcuraWatch ™ pada semua model, menjadikan MDX 2017 ini sebagai SUV mewah yang pertama di dalam kelas nya untuk menawarkan ciri keselamatan canggih dan teknologi bantuan pemanduan, termasuk brek kecemasan automatik sebagai ciri-ciri standard.  MDX 2017 dijadualkan untuk mula dijual oleh semua pengedar Acura sedunia pada musim panas ini dan akan disertai oleh MDX Hybrid  Sports lewat tahun ini. Acura (ア キ ュ ラ ) merupakan bahagian kenderaan mewah pengeluar automotif Jepun Honda. Jenama varian mewah ini telah dilancarkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada Mac 1986, bagi menawarkan kenderaan berprestasi tinggi. Ia telah diperkenalkan ke Hong Kong pada tahun 1991, Mexico pada tahun 2004, China pada tahun 2006, Rusia pada 2014 dan Kuwait pada tahun 2015. 1458781242 Mempamerkan wajah baru, Acura MDX diserlahkan oleh jeriji pentagon berlian tersendiri , yang telah pertama kali ditampilkan pada Acura Precision Concept di Auto ShowAmerika Utara NAAS pada bulan Januarilepas. Jeriji baru disepadukan dengan hud yang lebih tajam diukir, fascia depan dan fender hadapan dilengkapkan pula dengan lampu kabus LED. Satu reka bentuk panel krom baharu menambah elemen berbeza kepada profil MDX, manakala bumper belakang yang digayakan semula, plat gelincir skid berwarna badan dan penambahan ekor ekzos kembar menekankan lagi watak prestasi Acura MDX 2017.

16-2017-acura-mdx-ny-1 14-2017-acura-mdx-ny-1 12-2017-acura-mdx-ny-1 09-2017-acura-mdx-ny-1 08-2017-acura-mdx-ny-1 07-2017-acura-mdx-ny-1 06-2017-acura-mdx-ny-1 02-2017-acura-mdx-ny-1 01-2017-acura-mdx-ny-1